>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Saturday, June 25, 2005

Apa itu Futuwwah?

Perkataan yang ku temui dalam 1511H [KOMBAT] karya Faisal Tehrani menjadi inspirasiku. Blog ini khas untuk untuk ku coretkan mengenai Futuwwah.

Apa itu Futuwwah?
Perkataan bahasa Arab ini di mana kata dasarnya ialah fata yang bermaksud pemuda. Pemuda simbol agama, bangsa dan negara. Baik pemuda, baiklah negara. Futuwwah ialah sikap yang berkaitan dengan pemuda (*boleh baca 1511H [KOMBAT] untuk penerangan lanjut). Dalam bahasa Arab, apabila ditujukan kepada lelaki, perempuan juga termasuk. Dalam kes blog tentang Futuwwah ini, saya tujukan buat semua pemuda-pemudi.

Ternyata, pemuda pemudi Islam hari ni terlalu miskin akan sikap futuwwah. Mereka kelihatan lemah jauh sekali menyamai Usamah Bin Zaid yang menjadi Panglima Perang sewaktu berusia 19 tahun, Muhammad al-Fateh yang membuka Konstantinopel ketika usia yang sama, Muadz Bin Jabal yang mengeluarkan ijtihad sendiri sewaktu berjauhan dengan Ar-Rasul, apatah lagi mahu diajak berbincang hal yang lebih serius. Jauh sekali menyaingi kehebatan Nasibah Binti Kaab melindungi Rasulullah ketika Perang Uhud.

Pemuda pemudi hari ini dibelenggu dengan sifat malas, lesu, lembik serta mementingkan diri sendiri. Kalaupun baik, baik seorang diri. Tiada inisiatif untuk mengajak orang lain berbuat kebaikan sama. Langsung mengenepikan slogan soleh wa musleh.

Ada apa dengan Futuwwah?
Futuwwah sangat penting demi mengembalikan kegemilangan Islam. Oleh itu, futuwwah harus dikembalikan menjadi jatidiri setiap pemuda dan pemudi Muslim.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home