>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Friday, December 16, 2011

zurriyyah

فَمَا آمَنَ لِمُوسَىٰ إِلَّا ذُرِّيَّةٌ مِّن قَوْمِهِ عَلَىٰ خَوْفٍ مِّن فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِمْ أَن يَفْتِنَهُمْ ۚ وَإِنَّ فِرْعَوْنَ لَعَالٍ فِي الْأَرْضِ وَإِنَّهُ لَمِنَ الْمُسْرِفِينَ


Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi dan sebenarnya dia dari orang-orang yang melampaui batas.
Yunus: 83

ذُرِّيَّةٌ, hurai Dr Danial Zainal Abidin menurut dua kitab tafsir yang disempat dibelek (salah satunya karangan said hawwa), bermaksud orang-orang muda; selain membawakan ayat 13 surah al-kahfi seperti yang tertera pada header blog.

pengerusi pula menyatakan kisah nabi ibrahim ketika berdakwah disebut sebagai fata.

ulasan Dr Danial begitu menarik... katanya orang tua mahu bawa arus perubahan, bukan tak boleh tetapi orang tua sudah banyak urusan yang mana diumpamakan sebagai kepala keretapi dan mempunyai banyak gerabak yang perlu diurus berbanding orang muda yang masih bersemangat serta tidak mempunyai banyak tanggungan.

bagaimanapun, semangat orang muda ini jika salah asuhan, tidak dapat membawa perubahan kepada kebaikan bahkan akan menambah kerosakan di mukabumi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home