Pemuda Pemudi Hari Ini
Pemuda pemudi Islam Malaysia khususnya hari ini, lelaki dan perempuan, amat sedikit mengamalkan cara hidup Islam sebenar. Tahu Islam itu begitu begini, tetapi masih ditakuk lama. Pemuda pemudi Islam Malaysia dikenali lesu, lemah serta malas berfikir. Hal ini dinilai berdasarkan bahan bacaan serta media yang diminati mereka.
Lihat sahaja peratus jualan majalah ilmiah berbanding majalah hiburan. Berapa ramai yang memegang majalah Anis berbanding Remaja? Berapa ramai memiliki Majalah I berbanding Maskulin? Siapa pembaca Dewan Ekonomi dan siapa pula pembaca URTV? Siapa pelanggan tetap Dewan Siswa berbanding Utopia?
Berapa ramai pemuda pemudi pernah menatap karya Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka serta Utusan berbanding novel-novel kontemporari keluaran Alaf 21 dan Creative? Siapa tahu kewujudan Tafsir Fizilalil Qur'an dan Hadith 40 Imam An-Nawawi? Siapa pernah menatap Ihya' Ulumuddin? Siapa juga yang mengenali Imam Nawawi, Imam Al-Ghazali dan Syed Qutb berbanding Norhayati Berahim, Ramlee Awang Murshid dan Damya Hana?
Mereka lebih mengenali Vince AF, Jaclyn Victor, Zahid AF2 dan Mawi AF3. Jika ditanya siapa Ust Mohd Asri Zainal Abidin, mungkin segelintir mengenali. Sejarah hidup Siti Nurhaliza lebih diketahui berbanding sirah Nabi Muhammad (*s.a.w). Tanyakan tokoh mujaddid abad ini mereka tak tahu. Bersyukurlah sekiranya mereka kenal Yusuf Al-Qardhawi. Tanyalah mereka negara Islam mana yang sedang bergolak, pasti mereka tidak tahu. Berita Dunia hanya pakcik makcik atuk nenek yang layak menontonnya. Begitu juga al-Kuliyyah dan Forum Perdana Ehwal Islam.
Tidak ramai menganggotai badan-badan sukarela. Tidak ramai memahami dan mengetahui peranan mereka. Yang mereka tahu adalah berseronok. Kerana keseronokan yang dicari itulah mereka terjebak dengan berbagai masalah sosial seperti lepak, penyalahgunaan dadah, lumba haram, bohsia, bohjan, seks bebas, bahan pornografi dan sebagainya.
Pemuda pemudi hari ini juga tidak peka dengan cara hidup mereka. Apa yang mereka lalui setiap hari sama sahaja. Tidak peduli makanan yang diambil. Tidak mengambil tahu apa yang berlaku disekeliling mereka. Tiada inisiatif memajukan diri. Inilah yang perlu pemuda baiki. Sekali pemuda bangkit, akan bergegarlah dunia. Pemuda pemudi aset penting dalam hierarki masyarakat. Pemuda lah yang menjadi sasaran sekiranya mahu merosakkan sesuatu bangsa.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home