>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Saturday, March 10, 2012

sejak belasan tahun..

"Ya akhi, mereka sudah bersama IM sejak usia belasan tahun lagi. Sekarang dah umur 80 tahun. Semua benda tu dah ada dalam kepala mereka. Kalau minta bahan dari mereka, memang tak ada." UAO
Terbayang ucapan Membina Generasi Rabbani di Banquet Hall di UPM hujung Januari lalu oleh Sheikh Dr Jumaah Amin. Kata UAO, tok sheikh sudah bertongkat, tak mampu berdiri lama dan suaranya perlahan. Namun disebabkan malam itu begitu ramai yang datang, tok sheikh bangun berdiri dan menyampaikan ucapan dengan suara yang begitu lantang! Semangatnya ketika itu melebihi kemampuannya...

Belasan tahun mereka, bukan usia 18, 19 tahun. Usia belasan tahun mereka sebelum tamat sekolah menengah. Teringat kisah sheikh Mahdi Akif yang bertanya pendapat Al-Banna apa yang dakwah perlukan sebelum memilih jurusan selepas tamat sekolah menengah. Ini adalah indikator bahawa tarbiyyah mampu dihayati oleh remaja!

Diceritakan bahawa sheikh Mahdi Akif ini tarbiyyahnya 89% di zaman sekolah menengahnya. Oleh sebab itu, saya memandang tinggi kebolehan para remaja. Membawa kisah sahabat yang dibesarkan di zaman Rasulullah seperti Usamah b Zaid yang menjadi panglima di usia 18 tahun atau Ibnu Abbas yang didoakan agar faqih dalam urusan agama dan pandai mentakwil, mungkin ada yang membangkang dengan hujjah bahawa mereka dibina oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Tetapi dengan kisah Mahdi Akif dan tokoh-tokoh IM yang lain, maka saya merasakan remaja juga mampu membawa risalah ini...

Tinggal lagi ia menjadi tanggungjawab orang-orang yang berada di sekeliling remaja. Menggilap bakatnya, mendorong tsaqafahnya, mendidik fikrahnya dan mengimbangi semangat mereka. Mudah-mudahan mereka mampu menjadi generasi yang diimpikan *Umar Al-Khattab.



*Rijal impian Umar ialah seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muadz b Jabal dan Salim hamba Huzaifah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home