Kuat Tubuh Badan
Seperti yang kita ketahui, mukmin yang kuat lebih disukai berbanding mukmin yang lemah. Kuat bukan untuk menindas orang lain. Kuat untuk membela agama Allah. Nabi Muhammad pernah mendoakan salah seorang dari dua Umar (Umar Al-Khattab dan Abu Jahal) supaya mereka mendapat petunjuk bahawa Islam merupakan pegangan yang benar. Dua Umar ini mempunyai ketokohan di peringkat awal Islam disebarkan. Oleh itu, pemuda pemudi mesti kuat tubuh badan.
Kuat tubuh badan memudahkan banyak urusan. Urusan ibadah, dakwah dan pekerjaan sehari-hari. Seorang ayah tidak mampu mencari rezeki sekiranya dia sakit. Solat tidak dapat dilakukan dengan sempurna apabila sakit. Walaupun ada kelonggaran diberi, penghayatan solat tetap tidak sama seperti waktu sihat. Sebarang penyakit perlu dihindari. Apabila sakit, segeralah berubat agar tidak melarat. Bak kata pepatah; mencegah lebih baik daripada mengubati. Namun harus diingat adakalanya penyakit ditimpakan merupakan ujian daripada Allah. Contohnya Nabi Ayub.
Tabiat merokok perlu dihindari. Merokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah orang disekeliling termasuk yang berada di dalam kandungan! Bayangkan diri berada di suatu tempat yang dipenuhi asap hitam... itulah keadaan paru-paru seorang merokok. Bukan sekadar itu, merokok menyebabkan otak menjadi lembab serta menyebabkan kemandulan. Intelligent Quality (IQ) dan Emotion Quality (EQ) seorang perokok lebih rendah daripada orang yang tidak merokok.
Peribadi orang merokok dapat dibezakan. Kuku perokok hitam berbanding orang yang tidak merokok. Mulut dan nafas perokok mudah dicam. Lebih malang lagi, perokok terdedah kepada penyakit jantung, kanser paru-paru, kanser mulut dan sebagainya.
Minuman berkafein dan makanan yang mengandungi MSG perlu dielak kerana ia ternyata mendatangkan mudarat. Juga menjauhi arak dan bahan memabukkan seperti dadah kerana sebab yang sama. Allah menyuruh manusia makan makanan halal lagi baik. Bukan setakat halal, tetapi juga baik untuk kesihatan tubuh badan. Jelas sekali arak menyebabkan kerosakan hati, kafein mendatangkan migrain manakala MSG dikenal pasti sebagai penyebab barah.
Selain itu, kebersihan dan kekemasan perlu dijaga. Kebersihan merupakan separuh daripada iman. Tanda orang beriman ialah menjaga kebersihan dan kekemasan diri dan juga sekelilingnya. Sikap pengotor juga mendatangkan penyakit. Udara yang tercemar membawa berjuta-juta kuman. Oleh sebab itu, selsema amat mudah dijangkiti. Banyak penyakit akibat tidak menjaga kebersihan seperti taun, typhoid, aedes dan lain-lain lagi.
Pemuda serta pemudi juga mestilah membiasakan diri dengan riadhah dan latihan. Amalan bersenam perlu dijadikan rutin. Kajian terbaru menunjukkan 6 minit seminggu memadai bagi memastikan tahap kecergasan seseorang. Pemuda mesti cergas. Cergas mendatangkan cerdas. Cerdas menjadikan seseorang itu rasional dalam apa jua tindakan yang diambil. Bagi anggota Ikhwanul Muslimin, mereka diwajibkan beriadahah seminggu sekali.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home