>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Tuesday, August 15, 2006

Countdown ROQ!


5 hari lagi...

Sempena Sambutan

Hari Memperingati al-Quds



Malam Bersamamu Palestin (MBP)


20 Ogos 2006 (Ahad)
Dataran Senawang (bersebelahan GIANT), Seremban
Jam 8.30 malam

Malam Bersamamu Palestin (MBP) adalah program Hi-Impact Pusat bersama JIM Negeri Sembilan, Karisma International dan MAINS diadakan untuk memperingati perjuangan membebaskan al- Quds dari penjajahan Zionis Israel.

Ia adalah juga satu penzahiran penentangan KITA terhadap kezaliman Zionis. Warga JIM Negeri Sembilan, KARISMA dan masyarakat Negeri Sembilan akan datang beramai- ramai untuk membaca ikrar perjuangan serentak dengan dentuman suara padu membelah udara malam di Dataran Senawang.
< align="justify">
Ikhwah/Akhawat di Negeri- Negeri lain, ayuh mari ke Seremban agar tidak terlepas peluang keemasan sekali setahun ini. Bawa keluarga sahabat handai rakan taulan. Pengetua membawa anak murid, masul membawa anak usrah, bos membawa pekerja, bapa membawa anak isteri bersama- sama melaungkan tanda bantahan kita kepada Zionis. Mari kita bersama- sama melaungkan sokongan kita kepada HAMAS dan HIZBULLAH yang berani menentang keganasan Zionis.
Peluang terlepas mungkin takkan kembali lagi. Peluang mendatang dicekup segera.

Menarik malam Bersamamu Palestin
Mahrajan (konsert One Faith dan In Team)
Sajak Palestin oleh Pendeklamasi Unggul
Tayangan Video Palestin
Bacaan Ikrar solidati Palestin oleh Dr hafidzi Md Noor

Semua IPT dan lokaliti Negeri dan daerah diseru berkonvoi dengan membawa bendera Malaysia dan Palestin untuk menyemarakkan Sambutan ini. Berkumpul di dataran Senawang jam4.30 petang dan bersolat Asar di sana. Jumpa kita!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home