>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Tuesday, August 24, 2010

tamadun islam.. masih adakah?

adik,
kamu menyoal aku mengenai tamadun islam. kamu belum menerima hakikat bahawa tamadun islam sudah tiada.

tamadun islam itu, diketuai khalifah... ada kah jawatan khalifah itu sekarang? yang menjaga hal ehwal muslim. yang mentadbir sumber alam. yang sentiasa menyampaikan dakwah.

adik,
satu soalan untuk kamu, apakah perkara yang diasosiasi dengan Islam? adakah penemuan bidang ilmu? atau teknologi yang maha canggih? atau keinginan kita mempertahankan hijab? atau percubaan menghantar bantuan ke palestin? hanya satu, aktiviti teror dikaitkan dengan islam.

buka mata mu, hai adik. bilanglah wanita yang mengenakan hijab. bilanglah lelaki yang menjaga solat 5 waktu berjemaah. belum aku persoalkan kepercayaan mereka yang separuh-separuh itu.

kalau hanya kamu yang menjaga hijab,
kalau hanya beberapa lelaki yang memenuhi masjid tatkala subuh,
kita amat jauh dari memiliki tamadun.

adik,
tamadun islam menjamin kesejahteraan muslim dan non-muslim.
tamadun islam adalah "baladan aamina".
tamadun itu buat semua orang mahu mengikut dan mencontohi apa yang pada muslim.
tamadun adalah mengenai kuasa.
tamadun adalah ketinggian ilmu dan adab.
"hebat"
"aku mahu jadi seperti mereka"

tapi adik,
mahu mengenakan hijab pun orang dengki,
malah tanah palestin itu dirampas hingga hari ini,
orang islam di segenap pelusuk dunia masih ditindas,
itukah tamadun, hai adik?

bila wanita diganggu gugat, belum ada seperti mu'tasim, mahu menghantar tentera sepanjang dari tempat wanita diganggu hingga dari tempat mu'tasim berdiri.

kita mahu membantu saudara-saudara se-iman kita di seluruh pelusuk dunia, dikatakan kita ini merbahaya. malah laluan kita ditutup dan disekat.

lihatlah, hai adik... cadangan mahu membina masjid di ground zero pun dikecam hebat. padahal orang islam tidak berkata apa-apa pun.

adik,
kita pernah membuat analisa sirah. zaman mekah, zaman madinah, zaman umayyah, zaman abbasiah dan zaman uthmaniah serta hari ini.
untuk memiliki tamadun, kita perlukan daulah dan negara. apa yang ada sekarang?
kita amat jauh dari tamadun.
apatah lagi untuk melaksanakan jihad qital! belum masanya hai adik.

balik kepada sirah, jihad qital itu adalah semasa kita memiliki madinah. fasa islam ditindas ialah fasa mekah, yang dikelilingi dengan jahiliyyah, yang mana orang islam beramal dengan islam pun secara sembunyi-sembunyi. syukur, keadaan hari ini ramai yang seperti umar, berani menonjolkan keislaman mereka.

kita tak punya bapa. yatim piatu.
kita tak punya harta. miskin.
kita tak punya kuasa. tidak merdeka.

maka, masih kah ada tamadun islam?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home