>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Saturday, June 08, 2013

Al-Israa 18-20

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. [al-israa 17:18]

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. [al-israa 17:19]

Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun). [al-israa 17:20]

Dalam. Deep. Jeligho.
Maka orang muda,
Apa mahumu?

Thursday, October 11, 2012

sunni vs shiite

Saya rasa tertarik untuk mengenali Syiah. Bila mereka berada di Malaysia, mereka tidak akan mengaku bahkan akan mengambil jawapan selamat.
 
Saya berpendapat, sekiranya mereka benar2 jujur, mereka akan terangkan rasional puak Syiah membunuh orang-orang Sunni di Iraq. Syiah membunuh orang2 Sunni sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh. Saya rasa paling tidak logik mereka membunuh hanya kerana mereka bernama Uthman, Omar, Aisyah. Bukankah ketiga-tiga ini juga ahlul bait?
 
Ekstremis ada di mana-mana. Sama ada mereka mahu berfikir atau sebaliknya.

Saturday, March 10, 2012

sejak belasan tahun..

"Ya akhi, mereka sudah bersama IM sejak usia belasan tahun lagi. Sekarang dah umur 80 tahun. Semua benda tu dah ada dalam kepala mereka. Kalau minta bahan dari mereka, memang tak ada." UAO
Terbayang ucapan Membina Generasi Rabbani di Banquet Hall di UPM hujung Januari lalu oleh Sheikh Dr Jumaah Amin. Kata UAO, tok sheikh sudah bertongkat, tak mampu berdiri lama dan suaranya perlahan. Namun disebabkan malam itu begitu ramai yang datang, tok sheikh bangun berdiri dan menyampaikan ucapan dengan suara yang begitu lantang! Semangatnya ketika itu melebihi kemampuannya...

Belasan tahun mereka, bukan usia 18, 19 tahun. Usia belasan tahun mereka sebelum tamat sekolah menengah. Teringat kisah sheikh Mahdi Akif yang bertanya pendapat Al-Banna apa yang dakwah perlukan sebelum memilih jurusan selepas tamat sekolah menengah. Ini adalah indikator bahawa tarbiyyah mampu dihayati oleh remaja!

Diceritakan bahawa sheikh Mahdi Akif ini tarbiyyahnya 89% di zaman sekolah menengahnya. Oleh sebab itu, saya memandang tinggi kebolehan para remaja. Membawa kisah sahabat yang dibesarkan di zaman Rasulullah seperti Usamah b Zaid yang menjadi panglima di usia 18 tahun atau Ibnu Abbas yang didoakan agar faqih dalam urusan agama dan pandai mentakwil, mungkin ada yang membangkang dengan hujjah bahawa mereka dibina oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Tetapi dengan kisah Mahdi Akif dan tokoh-tokoh IM yang lain, maka saya merasakan remaja juga mampu membawa risalah ini...

Tinggal lagi ia menjadi tanggungjawab orang-orang yang berada di sekeliling remaja. Menggilap bakatnya, mendorong tsaqafahnya, mendidik fikrahnya dan mengimbangi semangat mereka. Mudah-mudahan mereka mampu menjadi generasi yang diimpikan *Umar Al-Khattab.



*Rijal impian Umar ialah seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muadz b Jabal dan Salim hamba Huzaifah

Sunday, February 19, 2012

Abul A'la Al-Maududi

setakat dalam fikiran saya. dilahirkan di india. ceruk mana tak ingat. seorang yang berpendidikan.. ayahnya mengupah guru datang mengajarnya di rumah.

tokoh yang bangkit menentang penjajah. berusaha mendirikan negara Islam yang akhirnya muncul negara bernama pakistan. menulis banyak risalah, antaranya syahadatul haq. ada juga menulis tafsir.

abul a'la al-maududi juga merupakan pengasas jamaat-e-islami. kalau beliau bercakap, 16km kiri kanan depan belakang orang berhimpun.

berdasarkan sedikit pengetahuan saya ini, saya tak rasa jamaah tabligh berkait dengan abul a'la al-maududi. abul a'la membawa perkara besar dalam kehidupan sampai jadi negara pakistan. sedangkan orang-orang yg membawa jenama tabligh tak bawa pun perkara besar macam abul a'la ni.

sekadar kritikan atas satu video.

Wednesday, February 15, 2012

Sumpah ikrar jutaan rakyat Syria