>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Sunday, June 22, 2008

lemak berkrim - jawapan jujur

tag ini saya telah jawab di blog utama. di sana saya jawab secara tidak serius. siapa jumpa jawapan ni, syukurlah.

the origin of this tag is here.

dan saya telah di tag oleh tiga orang: dhany, moja dan yana. kata saya pada yana, mahu tunggu lagi siapa yang akan tag.. tapi rasanya elok dilangsaikan segera.

Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
mula darjah lima di sekolah. berterusan hingga tingkatan 3. terhenti dua tahun [ada tapi on off]. di matrik dua tahun, wajib! merupakan sebahagian markah subjek agama. masuk kampus universiti sebenar, saya lari dengan mengambil kursus lain.

menyertai usrah secara tak langsung dari perut ummi lagi. saya amat menghargai setiap usrah yang saya sertai selama ini. sehingga hari ini, saya jarang tidak hadir usrah. jadi, berapa lama saya dah sertai usrah? sepanjang hidup. insya Allah hingga mati.
[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
sekolah cakap wajib datang. kalau tak datang, nanti kena denda. masa tu takut sangat! tapi seronok juga, lagi lama boleh duduk dengan kawan-kawan. hantu betul. sekolah cakap lagi, kalau tak datang markah akan dipotong.

dari kecil saya mimpikan saya akan punya kumpulan usrah seperti ummi dan ayah. waktu tingkatan satu, ada seorang guru perempuan yang ambil berat tentang kami datang jadualkan usrah. usrah kami makan jajan, bawah pokok ala-ala piknik. kalau panas sangat, duduk atas lantai di kelas.

waktu tingkatan empat, adalah tiga orang kakak baik ajak saya dan kawan-kawan ke sekolah dia. kakak-kakak tu merupakan pengiring xrek2000. bermula disitu saya semakin nampak cantiknya berusrah. tingkatan lima, usrah terpaksa dihentikan kerana jadual padat dengan kelas tambahan di sekolah.

masuk matrik, saya sendiri lapor diri pada seorang kakak yang saya kenal. tak rapat pun... tapi dalam keadaan begitu, kenal sikit-sikit pun jadi. usrah disini semakin serius. ilmu-ilmu yang diperolehi saya cuba aplikasikan dalam kehidupan. semakin cantik kesan usrah kepada saya. dari situ juga, saya mula membaca banyak buku-buku berkaitan. saya juga rajin ke kuliah hadis.

habis matrik, perjalanan usrah saya tidak pernah putus. ianya diteruskan. dan saya mula melihat perjalanan hidup bonda dan ayahanda seiring seperti yang saya pelajari. saya amat bersyukur kerana dilorongkan ke jalan yang sama seperti kedua orangtua. saya sertai bukan sekadar secara warisan tetapi saya sendiri berkeinginan ke situ.

tahun 2006. saya bertemu semula dengan seorang pakcik yang memperlihatkan kecantikan berusrah. menyedarkan saya bahawa usrah sebenar bukan untuk diri sendiri sahaja. selama ini bukan tidak ada. ada diberitahu sebegitu tetapi tidak serius seperti pakcik ini.

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
aslih nafsak wad'u ghairak. itulah sebabnya.
[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
  1. bahagia yang tidak dapat digambarkan
  2. menambah iman
  3. izzah bergelar muslim
[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
  1. ilmu yang tidak ada di dalam kelas atau ceramah agama
  2. 'saudara'
  3. kemanisan iman
  4. isu semasa dunia islam
  5. ruhul jadid
lima mangsa seterusnya yang mesti jawab tag ini ialah:
    tak ada.