>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Tuesday, August 29, 2006

Seminar: Palestine Revisited - 2ndSept'06

We cordially invite you to
HOPE:

PALESTINE REVISITED
2nd September 2006
A seminar featuring
Dr. Daud Abdullah
Matthias Chang
Prof. A. B. Kopansky
Ustaz Maszlee Malik
a preview of a Palestinian Documentary Film
Jenin, Jenin
And special performance by Xifu
Date: 2nd September 2005
Venue: Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur .
Time: 8:30 a.m. – 6:00 p.m.
Tickets: RM 30 & RM 50
*no lunch provided
Organized
by ADNI Alumni Association
In conjunction with Al-Quds Day of 21st August
Haven Of Peace & Education
“Bringing Peace and Security
Through Charity and Education”
For tickets and inquiries, please contact:
Ahmad – 019 2117942
Jabbar – 012 3851477
SPONSORSHIP AND DONATION are invited!
For inquiries please call the Syed – 019 2456853!
- this is a non-profit event -
COME and JOIN us!
Forward this to your friends & relatives
IF YOU CARE
for our Brothers and Sisters in Palestine !!!
May Allah bless your effort in this world and in the Hereafter...
***** more information; please visit: http://www.freewebs.com/roq06 *****
Forward this to your friends & relatives
May Allah bless your effort in this world and in the Hereafter...






Tuesday, August 22, 2006



+ Hangat sungguh blog ini...semenjak termuat tiga dua tulisan menggetarkan dada.
- Tiga dua sahajakah yang mampu? Di tempat lain beribu-ribuan, juta-jutaan, million entah mungkin!
+ Terima kasih. Itu sangat mencabar. Cuba dengar yang ini pula. " Taqrir + Lafaz + Amal = Iman ". Satu dan dua katanya ribu-ribuan, juta-jutaan, million entah mungkin (katanya)..yang ketiga itu di mana?
- *Erk*

" Allah takkan mengubah sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubah diri mereka sendiri "

INGIN KE PALESTIN?

oleh : Maszlee Malik
Di antara sms, emel dan juga YM yang sering saya terima ialah "Bagaimana saya boleh pergi ke Palestin untuk berjihad?". Bukan seorang dua, malah puluhan, jika tidak ratusan. Bukan hanya dari kalangan lelaki, malah juga dari wanita. Begitulah semangat jihad dan cintakan Islam yang ada di dalam jiwa rakyat Malaysia. Saya yakin, jika dibenarkan rakyat Malaysia untuk pergi ke Palestin untuk berjihad, nescaya Masjid al-Aqsa sekali lagi akan menyaksikan kemunculan Salahudin. Hanya Salahudin kali ini bukannya berketurunan Kurdi, tetapi mungkin Salahudin Jawa dari Sungai Besar, atau Banjar Air Hitam ataupun Bugis dari Benut. Moralnya, Palestin dan Masjid al-Aqsa masih tetap dan akan tetap berada di dalam hati setiap Muslim.

Apa yang boleh saya lakukan untuk Palestin?, itulah soalan yang sering dikemukakan oleh ramai di kalangan para pemuda dan pemudi Islam. Sekadar menghadiri ceramah-ceramah, mengikuti perkembangan terkini dan juga menangisi syahid-syahid yang gugur dibunuh oleh tentera-tentera Zionis? Adakah itu sudah cukup?Atau mungkin juga menghulurkan sumbangan, wang ringgit, gelang, cincin dan subang ke dalam tabung Palestin. Adakah itu sudah memadai?Keluar berdemo, menandatangani memorandum bantahan dan juga memboikot barangan Israel dan AS. Sudah cukupkah itu semua?Atau mungkin juga bangun di dua pertiga malam dan panjatkan doa kepada Allah SWT agar membantu para mujahidin dan mujahidah di Palestin. Adakah itu juga sudah cukup?Saya yakin ratusan, malah ribuan dari kalangan para pemuda dan umat Islam kita mampu melakukan lebih daripada itu.
Ramai di kalangan kita yang mengimpikan mati syahid seumpama mujahidin di Palestin. Syeikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz al-Rantissi sudah cukup menjadi perangsang untuk umat Islam bangkit mengikuti jejak langkah mereka untuk bersama menuju ke syurga Illahi. Persoalannya. Adakah di sana punya ruang untuk rakyat Malaysia untuk berjihad di bumi Palestin?Teringatkan kata-kata wakil kerajaan Palestin (HAMAS) yang datang ke Malaysia. Apabila beliau ditanyakan bagaimanakah caranya rakyat Malaysia dapat membantu saudara mereka di Palestin yang ditindas dan dizalimi, beliau menjawab:"Anda semua tidak perlu pergi ke sana. Ianya amat membahayakan. Rakyat Palestin masih lagi cukup untuk membebaskan al-Aqsa. Kami telah pun mengorbankan nyawa, dunia dan keluarga kami untuk tujuan tersebut. Apa yang kami perlukan adalah sokongan berterusan anda dari segi material. Sekatan dan tekanan yang dikenakan ke atas kami amat payah. Kami perlukan bantuan anda agar kami dapat terus hidup dan terus berjuang. Selain daripada sumbangan material daripada anda, kami juga perlukan tekanan dari negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa ke atas rejim Zionis agar menghentikan sekatan yang zalim ini. Anda boleh mempengaruhi kerajaan anda dan juga masyarakat antarabangsa untuk melakukannya. Akhir sekali, doa anda semua yang ikhlas dan bersunguh-sungguh adalah bekalan kami di dalam perjuangan"

Hayya..hayya..ya rijal!


CERAMAH PERDANA - Sempena Memperingati Hari Al-Quds Sedunia (Krisis Asia Barat: Isu Palestin dan Lubnan Selepas Perang)
Tarikh : 26 Ogos 2006Masa : 9 pagi - 12 Tgh Hari
Tempat : DEWAN BESARMasjid Wilayah PersekutuanKuala Lumpur
Tokoh Jemputan :
DR. MUHAMMAD SIYAM 1-MANTAN IMAM DAN KHATIB MASJID AL-AQSA, PALESTIN
2-DR. MUHSIN SOLEH PENGARAH INSTITUT AZ-ZAITUNAH LUBNAN
Semua dijemput hadir anjuran :Aman Palestin Berhad
Maklumat lanjut sila hubungi : Ust Fauzi: 019-2145634

Tuesday, August 15, 2006

Countdown ROQ!


5 hari lagi...

Sempena Sambutan

Hari Memperingati al-Quds



Malam Bersamamu Palestin (MBP)


20 Ogos 2006 (Ahad)
Dataran Senawang (bersebelahan GIANT), Seremban
Jam 8.30 malam

Malam Bersamamu Palestin (MBP) adalah program Hi-Impact Pusat bersama JIM Negeri Sembilan, Karisma International dan MAINS diadakan untuk memperingati perjuangan membebaskan al- Quds dari penjajahan Zionis Israel.

Ia adalah juga satu penzahiran penentangan KITA terhadap kezaliman Zionis. Warga JIM Negeri Sembilan, KARISMA dan masyarakat Negeri Sembilan akan datang beramai- ramai untuk membaca ikrar perjuangan serentak dengan dentuman suara padu membelah udara malam di Dataran Senawang.
< align="justify">
Ikhwah/Akhawat di Negeri- Negeri lain, ayuh mari ke Seremban agar tidak terlepas peluang keemasan sekali setahun ini. Bawa keluarga sahabat handai rakan taulan. Pengetua membawa anak murid, masul membawa anak usrah, bos membawa pekerja, bapa membawa anak isteri bersama- sama melaungkan tanda bantahan kita kepada Zionis. Mari kita bersama- sama melaungkan sokongan kita kepada HAMAS dan HIZBULLAH yang berani menentang keganasan Zionis.
Peluang terlepas mungkin takkan kembali lagi. Peluang mendatang dicekup segera.

Menarik malam Bersamamu Palestin
Mahrajan (konsert One Faith dan In Team)
Sajak Palestin oleh Pendeklamasi Unggul
Tayangan Video Palestin
Bacaan Ikrar solidati Palestin oleh Dr hafidzi Md Noor

Semua IPT dan lokaliti Negeri dan daerah diseru berkonvoi dengan membawa bendera Malaysia dan Palestin untuk menyemarakkan Sambutan ini. Berkumpul di dataran Senawang jam4.30 petang dan bersolat Asar di sana. Jumpa kita!