>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Friday, September 16, 2005

Ramadhan Karim!

ﻦﺎﻀﻤﺮ ﺎﻨﻐﻠﺒﻮ ﻦﺎﺒﻌﺸﻮ ﺏﺠﺮ ﻲﻓ ﺎﻨﻠ ﻚﺮﺎﺒ ﻢﻬﻠﻠﺍ

Thursday, September 01, 2005

Aqidah Yang Sejahtera

Aqidah ialah pegangan. Pegangan mempercayai Allah, malaikat, kitab, para rasul dan nabi, berlakunya hari kiamat serta qadha’ dan qadar. Pegangan ini pula difahami secara benar dan mendalam, bukan secara ikut-ikutan (taqlid) semata–mata.

Termasuk dalam aqidah ini juga ialah memahami Islam sebagai sistem yang komprehensif. Islam merupakan cara hidup yang lengkap di mana ia merangkumi undang-undang, akhlaq, urus niaga hatta ibadah. Seawal kita memulakan kegiatan harian juga Islam sediakan panduan. Penting untuk kita memahami usul 20 yang telah disentuh oleh Asy-Syahid Hasan Al-Banna dalam Risalah Taalim.

Dalam al-Quran, terdapat ayat sifat yang mana sifat manusia digunakan untuk Allah seperti “ﷲﭐ ﺪﻴ”. Ulama khalaf menterjemahkan perkataan ﺪﻴ sebagai kekuasaan manakala ulama salaf tidak menterjemahkan ﺪﻴ dengan maksud sebenar iaitu tangan tetapi tangan yang selayaknya bagi Allah berdasarkan dalil: ﺀﻲﺸ ﮫﻠﺜﻤﻜ ﺲﻴﻠ. Ini kerana sifat Allah tidak sama dengan makhluk. Justeru, kita perlu berhati-hati dalam menterjemah ayat-ayat sebegini kerana ia bersangkutan dengan aqidah yang kita imani.

Sebagai Muslim, kita tidak boleh mengkafirkan orang yang mengucapkan 2 kalimah syahadah walaupun dia melakukan dosa besar. Siapalah kita untuk menjustifikasi iman individu lain. Iman tidak dapat dilihat, hanya dapat dirasa. Cara berdoa bukanlah masalah aqidah, tidak perlu diperbesar-besarkan dan diperdebatkan. Sebagai muslim juga, kita perlu menyangkal bahawa kita tahu perkara ghaib. Contohnya kewujudan dajjal yang mana kita juga memeranginya. Walau bagaimanapun, kita tidak mengetahui bentuk sebenar dajjal kecuali seperti yang diterangkan dalam hadith.

Menziarahi kubur dengan cara yang betul adalah sunat. Cara yang betul disini ialah mengikut sunnah (tanam pokok) yang dianjurkan. Selain dapat melapangkan kawasan perkuburan, kita dapat mengambil tazkirah dengan mengingati mati. Orang yang paling cerdik dikatakan orang yang banyak mengingati mati. Al-Ghazali pula mengatakan yang paling hampir dengan kita adalah mati.

Mencintai orang-orang yang soleh termasuk dalam golongan orang yang mendapat pahala. Dalam kehidupan seharian juga, kita digalakkan bergaul dengan orang yang berilmu dan berakhlak. Dalam bersahabat ibarat berkawan dengan penjual minyak wangi dan penempa besi. Jika berkawan dengan penempa senjata, kita mungkin terkena tempias busuknya besi yang ditempa sebaliknya jika berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak kita akan mendapat wanginya.

Bid’ah yang tiada asal usul perlu diperangi. Bid’ah ialah amalan yang diada-adakan seperti membaca surah yasin pada malam jumaat. Sebetulnya tiada bid’ah di dalam agama. Malah semua bid’ah adalah menyesatkan.


Sama-sama kita koreksi diri sejauh manakah iman kita, sebenar mana aqidah kita. Mudah-mudahan kita kembali dengan jiwa dengan tenang.