Ibadah Yang Sahih
Dari mana mahu mula? Entah… sudah lama minda tidak bergerak, tidak diasak dengan persoalan-soalan berat begini. Ada ketika mahu menulis, keadaan pula tidak mengizinkan. Seperti sekarang, musim peperiksaan akhir semester.
Namun, musim kritikal seperti inilah biasanya seorang pelajar seperti saya banyak mendekatkan diri dengan Allah. Walhal, taqarrub dengan Allah itu seharusnya berlangsung sepanjang waktu, bukan hanya di waktu-waktu kritikal, susah mahupun kebuntuan.
Ibadah terkandung dua; ibadah umum dan ibadah khusus. Yang khusus itu pasti semua maklum. Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, dan segala amalan yang sememangnya dikhususkan dalam ibadah. Ibadah umum pula mencakupi semua perkara selagi ia tidak dilarang asalkan diniatkan sebagai ibadah kerana Allah. Makan boleh jadi ibadah, bersukan ibadah, belajar juga ibadah, malahan tidur juga. Wah! Sungguh beruntung anda seorang muslim, ibadah tiada batasan.
Bagaimana dengan mencuri? Adakah tergolong dalam ibadah umum sekiranya diniatkan kerana Allah? Aduhai… jangan ketawa, soalan ini pasti dikemuka oleh siapa jua. Mencuri itu terang-terangan dilarang oleh Allah. Hukumannya juga termaktub, dipotong tangan. Jadi, jangan pula niat kerana Allah jika perkara yang anda lakukan itu adalah maksiat.
Digalakkan untuk sentiasa berada dalam keadaan suci dan berwudhu’ supaya mudah untuk mengerjakan solat apabila waktunya tiba. Ataupun mahu melakukan solat sunat juga membaca Al-Qur’an. Tentunya kita lebih selesa dalam keadaan bersih dan berwudhu’. Ketika marah, kita disuruh berwudhu’ untuk mengurangkan temperature kemarahan. Api perlu disirami air untuk mengelakkan menjadi marak melainkan dalam keadaan tertentu. Wudhu’ merupakan kosmetik orang-orang beriman.
Solat 5 waktu dikerjakan di awal waktu tidak kira dimana sahaja berada seeloknya di masjid bagi pemuda dimulakan dengan solat sunat tahiyyatul masjid diikuti sunat muakkad dan menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Bagi pemudi, afdhal di bilik paling kecil di dalam rumahnya. Akan tetapi, tiada larangan untuk mereka mengerjakannya di masjid bersama lelaki asalkan ada ruang yang dikhaskan untuk mereka.
Bulan Ramadhan pula menjadi bulan yang amat dinantikan. Mereka sering berdo’a: ﻦﺎﻀﻤﺮ ﺎﻨﻐﻠﺒ ﻢﻬﻠﻠﺍ. Ketibaan Ramadhan dira’i manakala pemergian Ramadhan ditangisi. Ramadhan bulan rahmat, keampunan dan dijauhkan dari api neraka. Ganjaran yang sediakan berlipat kali ganda. Malah, ada satu malam istimewa di dalam bulan ini iaitu Lailatul Qadr. Malam ini lebih baik dari seribu bulan. Hanya satu yang mahu direbut; gelaran graduan madrasah Ramadhan yang bukan hanya berjaya di bulan Ramadhan malah diteruskan kecemerlangan itu di bulan-bulan lain juga.
Hati tidak lekang dari niat jihad serta ingin mati syahid. Tidak pernah berniat untuk mati syahid adalah munafiq. Sentiasalah pasang niat untuk mati syahid. Mati syahid tidak semestinya di medan perang. Mati semasa mengulangkaji pelajaran juga boleh dikira sebagai mati syahid. Mati semasa dalam rangka membuat kerja dakwah juga dikira syahid… Syahid itu dimana-mana, asalkan kita sentiasa beringat dan berwaspada dengan amal harian, moga kita tidak dipanggil dalam keadaan bermaksiat kepada Allah.
Taubat dan istighfar sering diungkapkan. Sebagai persediaan dipanggil bila-bila masa. Siapa pun tidak tahu bilakah dia akan dipanggil. Mungkin sejam kemudian, mungkin esok, lusa… Sesungguhnya kematian itu tidak dilewatkan atau dicepatkan walau sesaat apabila tiba masanya.
Hawa nafsu amat sukar dikekang. Nafsu terletak di kepala, sebab itu kita sujud kepada Allah 34 kali setiap hari supaya lebih mudah untuk ditundukkan. Dengan cara berlapar (baca: puasa) juga boleh. Lakukan apa sahaja untuk melawan dan berperang dengan hawa nafsu. Antara caranya ialah dengan beristighfar dan berkawan dengan orang soleh.
Ibadah… kategori terpenting… implementasi Iman… cek kompas anda, mudah-mudahan anda di zon selamat.