>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Saturday, September 30, 2006

Check List Ramadhan...

"RAMADHAN..
KEDATANGANMU DINANTI DENGAN RINDU
PEMERGIANMU DITANGISI PILU"


  1. Solat
    • Fardhu - berjemaah
    • Sunat nawafil - sebelum dan selepas solat fardhu
    • Tarawih

  2. Sahur
    • tak wajib, tapi sunat yang dituntut walau dengan hanya segelas air
    • lebih afdhal dilewatkan tapi bukan diwaktu imsak
    • imsak - adalah waktu Rasulullah membaca al-Quran sementara azan Subuh dilaungkan

  3. Tilawah
    • banyakkan baca al-Quran; biasa baca satu muka, jadikan 2 muka.
    • Rasulullah khatam 2 kali bertalaqqi dengan Jibrail di Ramadhan terakhirnya
    • ambil peluang bertadabbur.

  4. Sedekah
    • bantu mereka yang memerlukan. wang yang diperuntukkan untuk makan tengahari bolehlah disedekahkan ke mana-mana tabung kebajikan.
    • memberi makan (iftar) kepada orang yang berpuasa amat digalakkan

  5. Iftar
    • Sunat dimulakan dengan kurma
    • Bersederhanalah ketika menyediakan menu berbuka.
      Ingatlah saudara-saudara kita di Mindanao, Selatan Thai, Palestin, Selatan Lubnan, Aceh, Iraq, dll.

  6. Qiamullail
    • hidupkanlah malam dengan bermunajat
    • berusahalah memburu malam Al-Qadr - malam yang lebih baik dari 1000 bulan -.

  7. Menimba ilmu
    • Ramadhan menjadikan masa banyak yang terluang. Isilah masa dengan menimba ilmu.

  8. Azam
  9. Sematkan dalam hati, mahu meneruskan amalan di madrasah Ramadhan di bulan lain. Ramadhan sebagai permulaan.

SELAMAT MEMASUKI ZON MADRASAH RAMADHAN.
ANDA DIJANJIKAN DENGAN BONUS GANJARAN BERGANDA.
HARGAILAH PELUANG INI.
SELAMAT BERAMAL.