>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Tuesday, October 10, 2006

Nusrah Badar bergema ke zaman kita
-Brat Mikrajovic

“Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya. (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan daripada Tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya) : “Sesungguhnya aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan berita gembira dan supaya hati kamu tenang dan tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
-Al-Anfal : 8 – 10

Tersentuh hati bila mendalami ayat ini. Cerita Nusrah Allah, cerita pertolongan Allah, cerita bantuan Allah. Bantuan kemenangan yang turun bukan daripada calang-calang sumber, bahkan pemilik segala kekuatan di alam ini. Sehebat mana ceritera ini, hinggakan Allah dan segala tentera yang dikehendakinya hadir sama pada hari itu? Apa yang terjadi hingga Allah s.w.t sendiri dengan tangan-Nya menghancur luluhkan musuh pada hari itu? Ada apa sebenarnya?

Ia bahkan secara logiknya tak mampu diproses akal yang sihat. Bagaimana 1 lawan 100, kaki manusia lawan kaki unta dan kuda, boleh menang? Mustahil.

Pasti di sana ada sesuatu yang lain, yang halus, yang datang dari Yang Paling Hebat pastinya.
Ya, Nusrah Allah s.w.t. Bantuan tentera ke atas hamba-Nya, sehingga capai kemenangan.
Pasti ada prosedurnya minta bantuan. Pasti ada terma dan syaratnya minta pertolongan. Pasti ada. Apa dia syaratnya?

Kuantitikah? Mana mungkin, muslimin tewas kuantitinya.
Persediaankah? Ya, boleh jadi. Tapi tetap tewas jua jika dibandingkan dengan musuh mereka.
Sudahnya, apa syaratnya yang utama?

Syarat pertama, mesti meminta. Bagaimana boleh bantuan diluluskan tanpa ada permohonan? Kerana itu Rasulullah berdoa hingga jatuh selendangnya.
Syarat kedua, kualitinya mesti ada. Apa perlunya bantuan diberi kepada yang tidak berkualiti, yang tidak layak? Ya, muslimin diberi bantuan kerana mereka punya kualiti. Mereka layak. Buktinya? Mereka sanggup berperang tanpa latihan dan pengalaman yang cukup. Mereka sanggup berhadapan dengan musuh yang berkali ganda lebih hebat kuantiti dan senjata. Mereka tetap teguh dengan jihad mereka, meski awalnya tiada tanda kemenangan. Semata-mata demi tegaknya kalimah yang kukuh di hati mereka, Lailah illaLlah, Muhammad Rasulullah.

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar.

Kita baca, kita ambil ibrahnya. Apa kita sudah meminta? Apa kita sudah mantap kualitinya? Hingga Tuhan Maha Perkasa sudi memberi kemenangan dari-Nya?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home