Kelahiran agung
Asif li katsiran. Lama tidak update. Menulis tentang fityan tidak mudah.
Fityatal haqq-Fityatal haqqi anibu
Pemuda kebenaran kembalilah,
Dan kepada Allah berdoalah,
Jika untuk agama kita berjuang,
Pertolongan yang dekat akan datang kepada kita
Wahai pemuda berjalanlah,
Berjalanlah dijalan Allah,
Berilah ingatan dijalan Allah (walaupun) sehingga,
Diketahui keadaan yang merbahaya..
Siapa lagi selain kamu wahai pemuda,
Dihari yang penuh bahaya,
Kamulah harapan kami,
Kamulah singa yang garang,
Ikhlaskan hatimu kepada Allah,
Sembahlah tuhanMu yang Maha Pemurah,
Setiap orang yang memenuhi janjinya
Yang Maha Pemurah akan datang dekat kepadanya
Versi asal dalam bahasa arab. Saya kira yang ini terjemahannya. Ayah saya suka lagukan versi arab. Buku liriknya sudah saya tidak tahu di mana. Kemudian saya jumpa balik semasa tingkatan 5. Semasa baca buku wahai Pemuda di Jaipetra, Bunut Payong (sekarang Jaiputra, PCB).
Kini kita sudah memasuki bulan rabi'ul awwal. Saya tidak mahu menulis tentang boleh atau tidak menyambut maulidur rasul. Itu bukan soal nya. Saya mahu imbau kembali tentang seorang pemuda agung. Yang dilahirkan pada tahun gajah. Pada bulan ini. 12 haribulan.
Pemuda ini berbangsa Quraisy. Keturunan Nabi Ibrahim dari Nabi Ismail. Peribadinya memukau setiap yang memandang. Di tengah-tengah jahiliah, dia terpelihara. Pada masa yang sama, dia juga berdukacita dengan masyarakat sekelilingnya. Dia cucu pembesar Quraisy. Tetapi dia sendiri yatim piatu. Kehilangan ayah ketika masih dalam kandungan. Ibu ikut jejak ayah semasa usianya 6 tahun. Juga kakeknya semasa berusia 8 tahun. Dan dia dipelihara oleh pamannya Abu Talib sehinggalah Abu Talib meninggal pada tahun yang sama dengan isterinya.
Pekerjaan hanyalah mengembala kambing. Tetapi terkenal dengan jujur dan amanah. Sehingga menarik hati seorang wanita mengupahnya. Cukup setakat itu dahulu. Saya rasa anda sudah tahu siapa orangnya.
Anda mahu katakan: Hanya satu dalam sejuta begitu?
Pemuda dalam surah al-Kahfi disebut aamanu birabbihim wazidnaahum huda.
Rasa tidak kena dengan budaya cacamarba masyarakat. Tahu perkara yang berlaku tidak benar dan pertahankan kebenaran. Berapa ramai pemuda Islam yang begini? Di Malaysia? Kebenarannya ialah Allah itu Esa. Hanya DIA yang layak diimani. Buat apa pun tak apa. Masih lagi jujur dan amanah.
Sesungguhnya kita terlalu jauh dari generasi Al-Fateh.