>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Thursday, April 17, 2008

Paksaan 3

Kala diri ini menulis coretan ini, dalam hatiku hanya terdetik niat untuk memuhasabah diri. Andai tulisan ini memberi kesan positif kepada orang lain, itu hidayah dari Allah dan bukan kehebatan penulisanku. Mungkin hari ini kita tak terasa sebarang ancaman yang mampu menggugat kta. Penuh dalam kehidupan kita hanya kemewahan, populariti, glamour, dan sebagainya. Namun, yakinilah kita bahawasanya kita sedang menghadapi ancaman yg yang begitu halus dan tajam.

Andai Bila masa satu ketika dahulu para sahabiah menjunjung kalamullah dan sunnah kekasih mereka Ar-Rasul, kita pada hari ini menjunjung sesuatu per pelbagai elemen retorik yang pada zahirnya memenuhi kepuasan kita dalam mencapai kegembiraan hidup namun pada hakikatnya mengundang kecelakaan maha dahsyat yang tak terbayang dek akal, tak tertahan dek badan. Hiburan melampau, muzik, fashion, dadah, seks bebas, dan arak kini menjadi keperluan buat mereka yang telah punah imannya dek tewas kepada bayangan nafsu.

Yang lebih "unik untuk diperkatakan, wujud pelba insan yang pada zahirnya memperkasakan kuat amalan yang pada zahirnya nampak hebat pada zahirnya dan begitu berkualiti tinggi, namun percayalah ada ada yang pada hatinya hanya populariti dan sanjungan orang lain. Bukan mahu bersangka buruk, namun itulah realiti dunia kini. Hafaz Qur'an untuk berasa bangga digelar Al-Hafiz Hafaz Quran, sedekah

Mungkin yang lebih "unik" untuk diperkatakan, amalan yang baik pun diniatkan demi mengejar populariti yang tak terkata kehebatan bisanya. Hafaz Qur'an, sedekah, beri tazkirah, berjemaah di masjid, dan menutup aurat hanya untuk mendapat perhatian pujian orang lain. Perkara ini bukan untuk semua tetapi buat diri yang mungkin merasakan dirinya hebat namun tak tersedar kegelapan hati. Andai berlaku pada diriku, aku bertanggungjawab men memohon kepada Maha Esa dicerahkan kembali hati ini.

Mengapa Buat diriku dan sahabatku, tak terasakah kita ketajaman tusukan pedang syaitan nasrani, ya dan yahudi ini? Mungkin ia bukan pedang yang menusuk dari luar, tetapi ia umpama duri yang dimasukkan ke dalam beraneka macam makanan nikmat makanan lazat namun selepas beberapa ketika, tersungkurlah kita dek kesakitan yang terkata.

Buat diriku dan saudaraku yang dikasihi, masih tak terlambat buat kita. Selagi udara milik Allah masih mampu dihirup, selagi itu peluang dan ruang buat kita memperbetulkan diri masih wujud. Dua beka senjata utama kita yakni Al-Quran dan As-Sunnah masih setia menawarkan petunjuk buat kita, bergantungkep kepada kita untuk memanfaatkannya. Bukankah Ar-Rasul sudah memberi jaminan kepada kita bahawa kita tidak akan sesekali sesat jika berpegang kepada dua nik kurniaan itu?

Pada masa yang sama, jangan te biarkan terdetik ha dalam pada hati kita perasaan tak kesah pada saudara se-Islam kita. Selagi mana kalimah tauhid dilafazkan dari lidah mereka, selagi itu me kita bertanggungjawab menyelamatkan mereka dari kongkongan dan cengkaman musuh Islam sama ada lahiriyah mahupun fikriyyah.

Ayuh kita kembalikan zaman kegemilangan Islam. Kita "lahirkan" semula Salahuddin Al-Ayyubi, Muhammad Al-Fatih, Usamah bin Zaid, dan Ali bin Abi Talib yang hanya menyerahkan diri zaman muda mereka buat Ad-din tercinta. Bukan kita perlu tolak dunia ini, tetapi manipulasilah ia untuk kepentingan akhirat.

oleh Ammar Sahrim
Surau Al-Ansar, Damai



komen dari kakyam: tulisan yang bagus! mungkin kak anfal berminat nak publish kan kat mana-mana. tempoh untuk tulis cuma satu jam kan... saya suka tulisan ini... benar-benar reflek mengenai ghazwul fikri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home