>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Friday, September 17, 2010

fasa junun

setiap manusia akan mengalami fasa junun, jika ALlah panjangkan usia. kerana umat Muhammad tidak ada jaminan lahir ke dunia dan hidup hingga usia tertentu. yang dinyatakan dalam al-quran, tidak dipercepatkan mahupun diperlambatkan walau sesaat.

fasa junun ialah fasa seseorang begitu bersemangat. fasa yang, bila mahukan sesuatu, tidak ada yang dapat menghalang. junun bukan gila. junun ialah kegilaan. fasa junun ialah fasa kegilaan. fasa yang tidak dapat ditahan-tahan. jika ditahan, dia akan memberontak. fasa junun, seseorang belum dipengaruhi sesiapa. oleh itu, di seluruh pelusuk dunia, para pemimpin amat gerunkan kumpulan manusia yang sedang melalui fasa junun.

kumpulan manakah yang sedang melalui fasa junun? fasa pemuda @ fityan. fasa ingin mencuba semuanya. fasa merasakan dirinya hebat. fasa yang 'orang lain tidak rasa apa yang aku rasa'. fasa 'aku betul, orang lain salah'. fasa bertindak mengikut emosi. apabila emosi mengatasi rasional, bukankah ia satu kegilaan? fanatik.

kerana itu, kanak-kanak perlu dipersiapkan dengan pengetahuan untuk jadi pemuda yang cenderung kepada ketaatan, supaya kegilaannya nanti disalurkan pada jalan yang benar. jalan yang akan memberikan jawapan membantu ke syurga tatkala disoal tentang penggunaan umurnya, masa muda. kegilaan yang berani mengatakan tidak pada perkara kemaksiatan.

fasa junun juga merupakan fasa usia yang sangat berani. sebarang ancaman tidak mematahkan semangat bahkan menjadikannya semakin berani. fasa pantang dicabar.

disebabkan itulah, pemuda adalah kelompok yang amat digeruni.

lihat saja panglima Rasulullah yang bernama Usamah, pada usia 18 tahun sudah mengetuai batalion perang. beliau dilantik oleh Rasulullah. abu bakr dan umar antara tenteranya.

lihat pula muhammad al-fateh, bila diketahui tentang hadis ciri-ciri batalion yang dapat menakluk kota konstantinopel, beliau berusaha memenuhi ciri tersebut dan beliau hanya berusia awal dua puluhan ketika itu.

lihat juga hasan al-banna, ketika usia 23 tahun menubuhkan ikhwanul muslimin.

mungkin kamu tidak dapat hadam... maka kita lihat pula senario-senario yang terdapat di sekitar kita.

ada rakan yang bercinta dan ingin berkahwin padahal dia belum mempunyai jaminan pendapatan. tidakkah ini emosi mengatasi rasional?

ada pula yang pantang ditegur, walaupun hakikatnya dia mengetahui perkara itu adalah haram seperti menonton video pornografi. inikan sindrom 'aku sentiasa betul walaupun ALlah tak suka'?

ada pula memandu kenderaan 4 roda walaupun undang-undang belum membenarkan dia berbuat demikian kerana belum cukup umur minima. bukankah ini satu pemberontakan?

semangat amat maksima. hingga mahu melaksanakan sesuatu, fikirannya hanya mahu rencananya berjaya hingga mengenepikan faktor-faktor lain yang utama untuk dinilai. kerana apa? kerana mahu kelihatan hebat, mencipta nama.

ada yang ditawarkan rokok lalu menyambut walhal tahu bahaya rokok dan ibubapa tidak pernah benarkan. kan ini pantang dicabar namanya?

lalu fasa junun ini, bila betul acuannya, memang tip-top lah performancenya. namun, kegilaan ini seharusnya diseimbangkan dengan pengalaman orang tua. biasanya bila orang tua melarang, orang muda akan bercakap sesama sendiri, "mereka tidak memahami kita!" padahal orang tua sudah melaluinya dan sedang memberikan panduan.

oleh itu, hai orang muda, belajarlah untuk merasai pengalaman dari cerita sahaja. untuk apa? supaya kamu tidak lagi mengulangi kisah orang yang dahulu dari kamu. supaya kamu dapat melihat short-cut dalam pembelajaran kehidupanmu.

jadilah seperti pemuda al-kahfi. mereka ialah orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka (110:13).

iman yang benar akan membuahkan amal yang dituntut oleh agama. yang mempunyai kegilaan seperti muhammad al-fateh.