pertembungan
Inilah dasar perjuangan dakwah kamiRamadhan Mubarak!
Bertintakan emas terukir abadi
Hanya keranaNYA kami sanggup bekorban
Harta tenaga masa dan jiwa kami
Hanya Allah Matlamat Kami,
RasuluLLah pemimpin kami,
alQuran Dustur Kami,
Jihad Jalan Kami,
Syahid di Medan
Setinggi Cita Kami
di mana-mana pun ada pertembungan. walhal, menggunakan slogan yang sama. kadang-kadang cuma melodinya berbeza. mungkin juga kerana tanzim yang tidak punya ikatan.
tanzim yang sama pun berlaku perbezaan. akan tetapi, perbezaan tidak seharusnya membawa kepada cakap-cakap belakang. cakap-cakap belakang membawa kehancuran. ketidakpuasan hati. jika begitu, marilah duduk bersama menyelesaikannya.
taat merupakan salah satu rukun bai'ah. sebuah organisasi pastinya punya ketua dan carta kepimpinannya tersendiri. salah satu taat ialah taat pada kepimpinan. bagaimana kita menampakkan taat kita pada pimpinan yang telah dipilih dan dipersetujui?
kita diajar teori bainal qiyadah wal jundiyah, tapi mana praktikalnya? jika peringkat paling rendah dalam ukhuwah tidak berjaya diadaptasi ke dalam kehidupan, inikan pula ithar!
ingat, rukun bai'ah itu dirangkum dengan perkataan thiqah. tiadanya thiqah, maka masing-masing akan melakukan kerja sendiri-sendiri. hormatkah kita pada orang yang telah diamanahkan menyelaraskannya jika begini? thiqah mendorong kita merujuk. tiada thiqah, semuanya hancur.