Saturday, June 10, 2006
*A slice of experience*
Baru-baru ini ada dianjurkan satu karnival sukan, anjuran salah satu NGO Islam di Malaysia. Ramai ahli NGO tersebut yang hadir menyertai, tak kurang memberi sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan. Dari Perlis hingga ke Johor, hampir setiap negeri menghantar wakil masing-masing. Pelbagai acara sukan diadakan, untuk muslimin, dan muslimat.
Ana kebetulan sempat berada di situ. Jadi bidan terjun salah satu acara sukan. Alhamdulillah, satu peluang yang cukup berharga. Seharian bermain dalam acara tersebut banyak memberi cebisan-cebisan pengalaman yang cukup bernilai dalam tarbiyyah diri ana yang masih kekurangan.
Apa yang berharga sangat? acara yang ana sertai tu ialah sukan futsal. Main 5 orang sebelah, satu pengadil. Tiada apa yang unik sangat. Cuma bagi ana, pengalaman tersebut berharga kerana ana ditemukan Allah dengan seorang pemuda dari Perak, yang punya semangat yang begitu tinggi dengan Islam, dan ghairah yang amat dalam membetulkan manusia. Pemuda tersebut mengenali ana (wallahu'alam dari mana), dan dia menyatakan rasa gembiranya kalau dapat berbincang barang sepatah dua tentang Islam yang ana dan dia fahami bersama-sama.
Alhamdulillah, malam itu, kami berkesempatan berjumpa kembali, dan kami berbincang banyak perkara. Ana cuba membantu usaha-usaha amalnya di tempatnya, dan dia juga banyak membetulkan persepsi ana dalam sesetengah perkara. Terlalu berharga saat-saat tersebut untuk ana 'picture'kan di sini.
Kebetulan juga, ana sempat berjumpa salah seorang abang yang pernah ana kenal dahulu dalam salah satu program Islam yang ana hadiri. Abang tersebut cukup ana hormati, akhlak dan seni pergaulannya cukup menarik akal dan hati. Ana juga sempat berbincang dan berkongsi pengalaman dan masalah dengannya, yang ana rasa cukup memuaskan hati.
Mungkin siapa yang baca tak dapat tangkap mesej ana...so ana pointkan sikit apa yang best sangat dalam pengalaman ana tadi...
- Jangan pandang dan cari yang tersurat je, pandang dan cari yang tersirat sekali, sebab biasanya itu yang bermakna. Terutamanya bila hadir ke program Islamik / majlis ilmu, janganlah nampak yang zahir je macam ceramah, acara sukan, presentation, yang tersembunyi tu kena cari juga, banyak jumpa bila berbual dengan penceramah, peserta program, AJK program. Biasanya mereka nampak benda yang kita tak nampak, jadi boleh kongsi dan luaskan cakrawala pemikiran kita selaku seorang remaja muslim berwibawa.
- "Pemuda yang baik akan tinggalkan kesan dimana sahaja dia berada"...pesan sahabat Hassan Al-Banna kepadanya sebelum beliau ke Ismailiah, menjadi guru, dan menubuhkan dakwah Ikhwannya.
Ambil yang jernih, yang keruh betulkan....

...continued...(episod 2)
Ana ada terbaca dalam satu buku, Dr Yusuf Al-Qardhawy, cerita pasal pendidikan anak-anak dia. Hanya seorang anaknya yang menyambung pelajaran dalam bidang syariah secara khusus. Yang lain meneruskan pembelajaran di Amerika dalam bidang-bidang sains macam kimia dan fizik.
~ Apa komen dia bila ditanya orang ramai tentang pendidikan anak-anak dia?
~ (Ana olah sikit dialog dia) : "saya tak kisah anak saya meneruskan pelajaran dalam mana-mana bidang, dan saya tiada kecenderungan untuk menyuruh mereka meniru saya, kerana bagi saya, ilmu itu tidak seharusnya dipecah-pecahkan, hanya terpengaruh dengan pemikiran sekular barat, kita umat Islam tercicir banyak kebijaksanaan kita.."
Something to ponder....?
kita cerita lagi nanti....