>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Friday, April 18, 2008

Ukhuwwah

Percaya atau tidak? Ukhuwwah adalah satu seni. Ukhuwwah fillah atau didasarkan hanya keran aAllah adalah begitu luar biasa. Bermula "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih)." Begitu jelas sekali kefardhuan ini. Jika kita sama-sama kembali menerokai sirah para nabi & sahabat-sahabatnya, begitu pasti sekali kita akan tersentuh melihatkan betapa hebat & tingginya ukhuwwah antara mereka. Tamadun Islam bermula Dalam membina ukhuwwah, 3 perkara asas yang biasa kita dengar akan tetapi sukar sekali untuk dilaksanakan semua itu.

"Wahai manusia, sesungguhnhya Kami ciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu dapat berkenal-kenalan." Maka, ta'aruf adalah asas dalam ukhuwwah. Mengenali agar kita mudah memahami & mengerti sesutau tindak-tanduknya seseorang adalah satu proses berterusan & tidak ringkas. Mengenali seseorang dengan mendalam memerlukan masa, keterbukaan dan kesediaan untuk menerima sesuatu yang asing serta baru bagi kita. Manis durian takkan kita dapat rasa sekiranya kita tidak mampu menahan baunya yang kadangkala menusuk & kurang menyenangkan. Seterusnya, perlulah saling faham-memahami antara satu sama lain atau dengan ringkasnya, tafahum. Tafahum akan melahirkan amalan bertolak-ansur dan hormat-menghormati. serta Seseorang yang faham akan lebih mudah menangani kawan seperjuangannya dengan lebih matang & tenang yang bermasalah berbanding mereka yang tidak memahaminya. AKhirnya perlulah ada sikap saling

oleh Hafiz Gazali
Surau Al-Ansar, Damai



komen dari akak: menarik isu yang nak diketengahkan. tulisan ni kelihatan terburu-buru. awak perlu lebih tenang mengolahnya. jelaskan satu persatu agar mesej yang ingin disampaikan difahami semua. Teruskan menulis!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home