>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Monday, October 18, 2010

karakter pengikut Muhammad s.a.w

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Friday, October 01, 2010

hikmah dan hamasah

dua perkara yang sering dilaungkan tetapi bila dilihat praktikalnya....

hikmah dan hamasah perlu seiring. namun, apa yang sering terjadi hamasah meninggalkan hikmah. terlalu mengikut jununiyyah. sudah terlupa akan pesanan kesabaran walhal sering diulang di akhir mana-mana majlis. apakah surah al-asr itu masih belum mendarah daging di jiwa?

hikmah dan hamasah, ketika mahu seimbangkan keduanya, syura itu perlu. planning, organizing, leading, controlling. perkara asas dalam pengurusan. dalam memastikan empat perkara ini berjalan, syura itu perlu. syura bukan perbincangan berdua. syura perlukan ahli dalam bilangan tertentu, dari berbagai latar belakang dan usia; agar kita dapat melihat semua aspek. dan selepas itu kita tidak lagi mengungkitnya. syura memerlukan hikmah dan hamasah untuk menjayakan amal jama'i.

hikmah dan hamasah adalah dua entiti yang tidak boleh dipisahkan. mengambil hamasah semata-mata menyebabkan tiada short-cut dalam tarbiyyah. bahkan boleh menyebabkan seseorang mengundur diri dari medan kerana kepenatan. mengambil hikmah semata-mata pula akan menyebabkan hamasah terbantut. maka, orang muda perlu menyantuni orang tua. orang tua pula mera'ikan orang muda.

baca ini: Lumpuh dan longlai selepas mantap adalah kerana permulaan yang tidak betul !

dengarlah, kerana kemahiran mendengar itu tak semua orang ada.
lihatlah, kerana kemahiran mengawasi itu juga tak semua orang ada.
tapi, bercakap, semua mahu orang dengarkan buah fikirannya.