>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Monday, October 23, 2006

Festival Fitrah

'Eidun Sa'iedun
Yaumun Farhanun
Yaumun Jamilun

~Zain Bikha~
Setelah sebulan umat Islam berpuasa, kini tibalah hari raya. Sebulan menahan lapar dan dahaga. Sebulan sedaya upaya mengekang hawa nafsu. Sebulan bertungkus lumus melakukan ibadah yang sering ditinggalkan di bulan biasa. Selalunya masjid susah dijejaki tetapi bulan ini sebulan bertamu di rumah Allah menunaikan 20 rakaat sunat terawih. Al-Quran yang menjadi perhiasan almari dibaca hingga khatam sekali paling kurang.

Hari ini semua ceria. Dari kanak-kanak hinggalah orang tua, semua berpakaian serba baru. Juga saling bermaafan. Bagi yang tinggal berjauhan dengan keluarga, awal-awal lagi sudah merancang pulang ke kampung. Menjadi satu kemestian, persiapan menyambut hari raya dibuat seawal mungkin. Inilah hari raya 'eidul fitri di Malaysia.

Inikah hari raya sebenar? Eidulfitri lebih singkat dari eidul adha. Bagaimana mungkin eidul fitri disambut lebih meriah? Bagi orang biasa, hari raya ialah penamat kesengsaraan mereka menahan lapar dan dahaga selama sebulan. Sebaliknya, bagi orang cintakan puasa, hari raya sebagai break-point kerana 1 Syawal ialah hari yang diharamkan berpuasa. Penghuni alam barzakh pula menangis kerana azab kubur diteruskan.

Festival fitrah. Sesuai dengan perayaan ini, insan saling ziarah menziarahi dan bermaafan; menyambung silaturrahim. Ini amatlah digalakkan. Namun, hati saya sedih mengenangkan iklan perayaan lebih banyak digembar-gemburkan di media tempatan. Rancangan televisyen yang telah ditetapkan pasti akan mengikat hati-hati manusia supaya tetap di hadapan televisyen. "Jangan ke mana-mana!"

Lagu-lagu hari raya yang dikumandangkan mendayu-dayu menambah luka di hati. Sepatutnya sambutan hari raya sama sahaja di mana jua, tidak semestinya balik kampung. Takbir yang didengari seharusnya mengingatkan kita kepada kebesaran Pencipta. Malah, takbir sepatutnya dilaungkan sepanjang waktu selagi belum tamat tempoh (dari Maghrib hingga Zuhur). Takbir yang bakal menggerunkan musuh. Takbir sebagai tanda kemenangan.

Berjaya mengharungi ramadhan adalah tanda kemenangan. Bulan di dalamnya ada Lailatulqadar. Bulan syaitan di rantai. Juga bulan yang direhatkan azab kubur. Waktu ini musuh kita hanya satu, nafsu. Nafsu dapat dikekang, amal dimaksimumkan, maka berbahagialah. Allah mengganjari dengan sebaik-baik ganjaran. "Kumpul mata sekarang, tuntut di akhirat kelak."

Ramadhan juga umpama intitusi pendidikan. 1 Syawal ialah hari graduasi buat pelatih-pelatih institusi Ramadhan. Graduan-graduan diharap dapat meneruskan kecemerlangan di bulan-bulan lain juga. Minal 'eidi wal fa-izin diucapkan. Selamat Hari Raya.

nota: entri ini juga saya postkan di blog K-Media

credit to: JenGGo
klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas

Tuesday, October 10, 2006

Nusrah Badar bergema ke zaman kita
-Brat Mikrajovic

“Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya. (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan daripada Tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya) : “Sesungguhnya aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan berita gembira dan supaya hati kamu tenang dan tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
-Al-Anfal : 8 – 10

Tersentuh hati bila mendalami ayat ini. Cerita Nusrah Allah, cerita pertolongan Allah, cerita bantuan Allah. Bantuan kemenangan yang turun bukan daripada calang-calang sumber, bahkan pemilik segala kekuatan di alam ini. Sehebat mana ceritera ini, hinggakan Allah dan segala tentera yang dikehendakinya hadir sama pada hari itu? Apa yang terjadi hingga Allah s.w.t sendiri dengan tangan-Nya menghancur luluhkan musuh pada hari itu? Ada apa sebenarnya?

Ia bahkan secara logiknya tak mampu diproses akal yang sihat. Bagaimana 1 lawan 100, kaki manusia lawan kaki unta dan kuda, boleh menang? Mustahil.

Pasti di sana ada sesuatu yang lain, yang halus, yang datang dari Yang Paling Hebat pastinya.
Ya, Nusrah Allah s.w.t. Bantuan tentera ke atas hamba-Nya, sehingga capai kemenangan.
Pasti ada prosedurnya minta bantuan. Pasti ada terma dan syaratnya minta pertolongan. Pasti ada. Apa dia syaratnya?

Kuantitikah? Mana mungkin, muslimin tewas kuantitinya.
Persediaankah? Ya, boleh jadi. Tapi tetap tewas jua jika dibandingkan dengan musuh mereka.
Sudahnya, apa syaratnya yang utama?

Syarat pertama, mesti meminta. Bagaimana boleh bantuan diluluskan tanpa ada permohonan? Kerana itu Rasulullah berdoa hingga jatuh selendangnya.
Syarat kedua, kualitinya mesti ada. Apa perlunya bantuan diberi kepada yang tidak berkualiti, yang tidak layak? Ya, muslimin diberi bantuan kerana mereka punya kualiti. Mereka layak. Buktinya? Mereka sanggup berperang tanpa latihan dan pengalaman yang cukup. Mereka sanggup berhadapan dengan musuh yang berkali ganda lebih hebat kuantiti dan senjata. Mereka tetap teguh dengan jihad mereka, meski awalnya tiada tanda kemenangan. Semata-mata demi tegaknya kalimah yang kukuh di hati mereka, Lailah illaLlah, Muhammad Rasulullah.

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar.

Kita baca, kita ambil ibrahnya. Apa kita sudah meminta? Apa kita sudah mantap kualitinya? Hingga Tuhan Maha Perkasa sudi memberi kemenangan dari-Nya?

Thursday, October 05, 2006

Ingat2 Di Ramadhan 1

credit to: JenGGo
klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas

Tuesday, October 03, 2006

~ Month of Ramadhan...Month Of Change ~

Kita pasti biasa terbaca di suratkhabar, apa celebrity-celebrity terkenal ingin lakukan di bulan Ramadhan. Ada yang bercadang mengurangkan kegiatan luar, ada yang ingin meluangkan lebih masa bersama anak-anak yatim, dan tak kurang juga ada yang bercadang mencari pendapatan tambahan (macam tak pernah cukup) dengan berniaga.

Biasa juga kita lihat di saluran-saluran televisyen, hampir 70% intisari rancangan diubah sempena Ramadhan. Dipenuhkan dengan rancangan-rancangan yang berorientasikan Ramadhan. Wallahu'alam, untuk keuntungan atau memang untuk memuliakan.

Suasana masyarakat juga banyak berubah. Masjid dan surau malamnya penuh, ada juga yang dibuka 24 jam, waktu petang 'jam' lebih awal, semuanya bergegas pulang untuk santap berbuka dengan keluarga, rakan-rakan, dan teman-teman masing-masing. Mungkin disebabkan jadual makan yag berubah, mungkin juga sebab jadual sekolah dan office berubah, dan boleh jadi juga, sebab musuh nombor satu sudah kena rantai.

Pendek kata, banyak yang berubah. Sebab itukah boleh kita gelar Ramadhan dengan bulan perubahan? Atau ada yang terselit di celah gelaran itu? Dan, yang manakah yang sebenarnya terselit?

Any Comment??