>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Wednesday, April 23, 2008

PEMULIHAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM

Hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasalam dalam sebuah hadis pernah menyatakan bahawa dalam menghakimi sesuatu perkara, ijtihad (pendapat) yang benar mendapat dua kebaikan, manakala ijtihad yang salah pula mendapat satu kebaikan (pahala) di sisi Allah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w) justeru agama Islam menganjurkan kepada para penganutnya untuk berfikir dan mencari kebenaran. Namun, obor pemikiran dan ketamadunan yang dahulunya de dipegang oleh para Sarjana Islam seperti Al-Khawarizmi dan Ibn Khaldun, kini berpindah ke tangan orientalis pemikir bukan Islam seperti Sigmund Freud dan Charles Darwin. Kemunduran intelek umat Islam ini boleh diselusuri dalam sej kembali dalam sejarah iaitu pada Zaman Abbasiah. Selepas kematian keempat-empat imam mazhab iaitu Imam Hanafi, Malik, Syafie dan Hambali, telah para penguasa pada zaman itu telah menetapkan bahawa hanya kee pandangan keempat-empat mazhab itu sahaja yang diterima pakai dalam perundangan Islam dan timbul pendapat bahawa pintu ijtihad telah tertutup. Bertitik tolak daripada peristiwa tersebut, bermulalah taqlid iaitu pengikutan sesuatu idea secara membabi-buta oleh umat Islam, membantutkan daya fikir dan kreativiti umat Islam menatijahkan penjajahan minda dan ilmu oleh golongan kafir.

Berturutan dengan itu, sudah menjadi suatu kew tanggungjawab bagi orang-orang yang menganut agama ini untuk membebaskan diri mereka serta masyarakat sekeliling mereka daripada belenggu minda dan ilmu pengetahuan yang menjahanamkan ummah. oleh sebab itu, kita harus mengubah sistem pendidikan yang berkiblatkan sekularisme kepada pedagogi yang berteraskan kepada pembentukan individu yang sedar akan amanahnya sebagai hamba dan khalifah Allah yang berusaha memperbaiki dunia dengan akal dan kebijaksanaan yang ALlah kurniakan kepadanya. Kurikulum baru ini juga perlulah mementingkan penta penelitian dan p

oleh Ahmad Asyraf Ahmad Fauzi
Surau AL-Ansar, Damai



komen dari akak: olahan perenggan pertama terlalu panjang. mungkin boleh dipecahkan kepada beberapa perenggan lagi. dan olahan sebaiknya yang mudah difahami oleh sasaran pembaca. tulisan yang baik! harap dapat salin dan sudahkan. :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home