Dakwah: Market yang amat menguntungkan
Assalamu'alaikum.
Apa khabar? Fizikal dan iman... sudah diupgrade? Macam bagus je.. hehe.. realitinya pertanyaan ini menambah keakraban. kan ukhuwah itu salah satu agenda?
Ana ucap berbanyak terima kasih buat individu yang mengenali kak suhaili. kakak suhaili ana kenal melalui blog. alhamdulillah, dia amat suka dengan penulisan ana. kenal melalui blog, menyambung silaturrahim dengan Yahoo! Messenger.
Beberapa hari ni bicara di messenger tidak lari dari tarbiah. Mudah-mudahan ana dapat memukat seramai mungkin manusia-manusia yang ingin kenal Allah. Setiap kali ada Yahoo! ID yang tidak ana kenali, dalam hati ana terdetik, bagusnya orang ini jika dia jadi kader dakwah. Do'a ana mudah-mudahan ana boleh promotekan dakwah pada mereka dan mereka mahu 'membeli'.
Ana pernah tulis tentang market dakwah di blog dan mendapat respon yang amat positif dari akh kita di Singapura. Rupanya, ramai orang mahu kan Islam. Mahu kenal Allah. Baca balik entri tu, ana jadi rindu pada kelas yang ana tinggalkan buat sementara. Rasa mahu balik serta merta. Tetapi, ana harus nilai kondisi diri dulu. Menimbang manfaat dan mafsadah.
Dakwah boleh jadi bisnes yang amat menguntungkan. Di mana keuntungan sebenar kita boleh lihat di yaumul hisab. Keuntungan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Modal yang diperlukan cuma sedikit ilmu dan kemahiran. Tidak perlu modal berjuta-juta. Satu sen pun tak perlu dikeluarkan. Subhanallah. ..
Buat mereka yang belum mulakan langkah, sila jangan tangguhkan. Maut tidak akan dipercepat dan tidak pula dilambatkan walau sesaat. Jika antum baca emel ini di waktu pagi, jangan tangguh sehingga petang. Baca waktu petang, jangan tangguh sehingga pagi. Sumber ini dari hadis arba-in an-nawawi.
Kerja ini tak semua orang boleh lakukan. Hanya yang bersungguh akan dapat kuasai. Dakwah, sunnah para rasul. Rasailah 'izzah bila melakukannya. Market ini belum ramai yang teroka. Sudah berapa ramai individu yang kita kenali di kampus? Rasulullah kenal setiap orang di sekitar Mekah.
Belajar kemahiran usahawan, cerita Ramly Burger memang famous. Macam mana mereka marketkan daging yang dikeluarkan mungkin terlalu simple, tapi efektif. Strategi yang mereka lakukan ialah pergi ke setiap kedai dan bertanya penjaga kaunter item Ramly Burger. Begini, pemilik-pemilik kedai pasti tertanya-tanya apakah produk yang pelanggan mereka cari. Dari situlah daging burger Ramly menjadi popular.
Nah, jangan segan bertanya orang-orang yang kita kenali. Dakwah bukan saja memperkenalkan Islam, malah ia juga membetulkan salah tanggap mereka. Kenalkan Islam yang syumul, pasti ramai yang tertarik. Kerja ini sememangnya susah, hiburkanlah hati antum dengan ganjaran yang begitu lumayan. Sesungguhnya, 'berniaga' dalam bidang ini tidak boleh memikirkan rehat. Kerana satu hari nanti kita pasti direhatkan dengan rehat yang tidak berpenghujung.
Ana mengenali seorang siswi perubatan minggu lalu. Ternyata dia mahu jadi doktor kerana memikirkan keadaan di Palestin. Lalu ana soal dia dengan soalan-soalan berkaitan individu muslim. Dia sedang mencari, jadi ana tunjukkan jalan. Soalan-soalan yang diutarakan ana jawab sebaik mungkin. Terharu dengan kesungguhan yang dia tunjukkan.
Jadikan teknologi sebagai pembantu antum melaksanakan dakwah. Ana kadang-kadang membid'ahkan penggunaan telefon bimbit bila diganggu. Keadaan itu tidak berpanjangan dan telefon adalah salah satu gajet pembantu yang penting.
Lihatlah setiap orang yang antum kenali sebagai kader dakwah di masa hadapan. Moga boleh menggerakkan antum memperkenalkan Islam kepada mereka. Jangan lupa, islah kan diri juga. Kan motto seorang da'i ialah soleh wa musleh? Jadilah bahan bakar yang boleh menerangi orang lain.
Oh, ya! Market dakwah ini, kalau dihentikan pun antum akan dapat kebaikan berpanjangan jika hanya seorang berjaya antum jadikan kader. Jika berterusan, lebih menguntungkan.
Berdakwahlah di mana sahaja antum berada, kerana Allah sentiasa bersama antum menilai kesungguhan melakukan kerja ini.
Wallahu a'lam.
Wassalam.
Maryam Abu Ahmad -- diam-diam takut berkarat!
8.01am
18 Disember 2006

2 Comments:
At 7:27 PM, Ummu Afeera said…
siswi perubatan tu saya ye kak?
teringat kisah dulu2...sudah 2 tahun berlalu...:)
At 1:41 PM, Maryam said…
yes dear.. :)
Post a Comment
<< Home