>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Thursday, May 22, 2008

Kisah Sahabat 38: Abdullah ibn Hudzafah As-Sahmy

Part 1

"Bersegeralah setiap kaum muslimin,
cium kepala Abdullah bin Hudzafah.
Nah... aku yang mulai"
(Umar ibn Al-Khattab).


Pahlawan yang dikisahkan ini sahabat Rasulullah saw. yang bernama: eABDULLAH BIN HUDZAIFAH AS-SAHMY. Sebelumnya sejarah melepasinya begitu sahaja, seperti berjuta-juta orang Arab lainnya tetapi Islam lah yang kemudiannya menugaskan eAbdullah bin Hudzhafah menemui dua orang raja besar dunia pada zamannya, yaitu Kisra, Maharaja Persia, dan Kaisar Agung, Maharaja Romawi. Pertemuan eAbdullah dengan kedua raja dunia itu abadi dalam sejarah, dan mewarnai perjalanan sejarah itu sendiri.

Pertemuan eAbdullah bin Hudzafah dengan Kisra, Maharaja Persia, terjadi pada tahun keenam Hijriyah, iaitu ketika Rasuluflah saw. mula mengembangkan Da'wah Islam ke seluruh pelosok dunia. Ketika itu beliau berd'awah melalui surat kepada raja-raja eAjam
(non-Arab), mengajak mereka memeluk Islam.

Rasulullah saw. telah memahamkan risiko yang mungkin timbul dalam pekerjaan penting ini. Para utusan akan diberangkatkan ke negeri-negeri asing yang belum mereka kenal selama ini. Mereka tidak faham bahasa negeri-negeri yang mereka tuju, belum mengenal selok-belok pemerintahan, sosial, dan budayanya. Tetapi mereka harus pergi ke sana mengajak raja-raja asing itu meninggalkan agama mereka semula dan agar mereka meninggalkan kemegahan dan kekuasaaan mereka, untuk tunduk kepada agama Islam yang dianut oleh suatu bangsa yang dulunya menjadi rakyat taklukan mereka. Memang suatu tugas yang berat dan berbahaya. Pergi ke sana bererti hilang. Kalau ruh dapat kembali, bererti suatu kelahiran baru.

Kerana itu Rasulullah saw. mengumpulkan para sahabat, kemudian berpidato di hadapan mereka. Seperti biasa, mula-mula Rasulullah saw. memuji Allah swt. dan membaca tasyahhud. Sesudah itu beliau berkata:

gSesungguhnya aku telah merencanakan hendak mengirim beberapa orang di antara kalian kepada raja raja eAjam. Kerana itu janganlah kalian menolak gagasanku, seperti Bani Israil menolak gagasan Isa bin Maryam. f Jawab para sahabat, eKami senantiasa siap melaksanakan segala perintah Rasulullah. Kami bersedia dikirim ke mana saja dikehendaki Rasulullah. Rasulullah menunjuk enam orang sahabat untuk menyampaikan surat-surat beliau kepada raja-raja eArab dan eAjam. Salah seorang di antara mereka ialah Abdullah bin Hudzafah As-Sahmy. Beliau dipilih untuk menyampaikan surat kepada Kisra Abrawiz, Maharaja Persia.

Abdullah bin Hudzafah telah menyiapkan kendaraannya untuk berangkat. Anak-anak dan keluarganya diletakkan di bawah jagaan para sahabat. Kemudian dia berangkat...



Part 2

Abdullah bin Hudzafah telah menyiapkan kenderaannya untuk berangkat. Anak-anak dan keluarganya diletakkan di bawah jagaan para sahabat. Kemudian dia berangkat ke hala tujuannya, memikul tugas dari Rasulullah dengan semangat dan tanggungjawab penuh. Gunung yang tinggi didakinya, lurah yang dalam dituruninya. Dia berjalan seorang diri, tiada berteman selain Allah swt. Akhirnya Abdullah bin Hudzafah tiba di kota Persia. Dia minta izin masuk untuk bertemu dengan Kisra. Abdullah memberitahu pengawal bahawa dia utusan Rasulullah untuk menyampaikan surat kepada Kisra. Pengawal memberitahu Kisra, ada utusan membawa surat untuk Baginda. Kisra memanggil segala pembesar supaya hadir ke majlis Kisra, kemudian mengizinkan Abdullah bin Hudzafah masuk menghadap baginda di majlis yang serba gemilang itu.
Abdullah menghadap dengan pakaian sederhana, seperti kesederhanaan orang-orang Islam, tetapi kepalanya tegak, jalannya tegap. Dalam tulang-belulangnya mengalir keperkasaan Islam. Di dalam hatinya menyala kekuasaan Iman.

Tatkala Kisra melihat Abdullah menghadap, dia memberi isyarat kepada pengawal supaya menerima surat yang dibawa Abdullah. Tetapi Abdullah menolak memberikannya kepada pengawal. Kata Abdullah, “Jangan...! Rasulullah memerintahkan supaya memberikan surat ini terus ke tangan Kisra tanpa pengantara. Aku tidak mahu menyalahi perintah Rasulullah.”

Kata Kisra kepada pengawal, “Biarkan dia mendekatiku!”. Abdullah menghampiri Kisra, kemudian surat itu diberikannya ke tangan Kisra sendiri. Kisra memanggil setiausaha berbangsa ‘Arab, berasal dari Hirah (Sebuah kawasan di Iraq terletak antara Najaf dan Kufah). Kemudian Kisra memerintahkan setiausahanya itu membuka surat tersebut di hadapan baginda dan menyuruh membacakan isinya yang berbunyi:


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Dari Muhammad Rasulullah (Pesuruh Allah), kepada Kisra, Maharaja Kisra.
Berbahagialah siapa yang mengikut petunjuk....”


Baru sampai di situ setiausahanya membaca surat, api kemarahan menyala di dada Kisra. Mukanya merah, dan urat lehernya membengkak. Hal itu ialah karena Rasulullah menyebut nama beliau sendiri lebih dahulu sebelum menulis nama Kisra. Lalu Kisra merebut surat tersebut dart tangan setiausaha, dan merobeknya tanpa mengetahui isi surat selanjutnya.

Kisra berteriak, “Berani-berani dia menulis seperti itu kepadaku....! padahal dia budakku...!”
Lalu diperintahkannya mengusir ‘Abdullah bin Hudzafah dari majlis. ‘Abdullah bin Hudzafah keluar dari Majlis Kisra. Dia tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada dirinya sesudah itu. Mungkin dia akan dibunuh dan mungkin pula akan tetap hidup di dunia bebas. Tetapi tidak lama ‘Abdullah berfikiran begitu, ia pun berkata kepada dirinya sendiri, ‘Demi Allah! Aku tidak peduli apa pun yang akan terjadi. Yang penting tugas yang dibebankan Rasulullah kepadaku telah kulaksanakan dengan baik. Surat Rasulullah telah kusampaikan ke tangan yang berkenaan.”

Lalu dengan segera dia melompat naik kendaraannya, dan berpacu secepat-cepatnya.
Setelah kemarahan Kisra Abrawiz agak mereda, diperintahkannya pula para pengawal supaya menghadapkan Abdullah kembali. Tetapi ‘Abdullah sudah tidak ada di tempat tersebut. Para pengawal mencari ‘Abdullah di sana-sini. Jejaknya pun tidak dapat mereka temui. Mereka mengesan ‘Abdullah di jalan yang menuju ke Jazirah ‘Arab. Tetapi ‘Abdullah sudah jauh, sehingga tidak mungkin disusuli oleh mereka.

Setibanya ‘Abdullah di hadapan Rasulullah, dilaporkannya segala kejadian yang dilihat dan dialaminya, dan perbuatan Kisra merobek surat beliau. Mendengar laporan ‘Abdullah, Rasulullah berkata:

"MAZZOQOLLAHU MULKAHU...!"
"Semoga ALLAH merobek-robek pula kerajaanya"

Kisra menulis surat kepada Badzan,


Part 3

Kisra menulis surat kepada Badzan, wakil baginda di Yaman untuk menangkap Rasulullah, kemudian membawa beliau ke hadapan Kisra. Badzan segera melaksanakan perintah Maharaja Persia yang dipertuan. Badzan mengirim dua orang pilihan untuk menangkap Rasulullah disertai sepucuk surat untuk beliau. Surat itu memerintahkan Rasulullah agar segera berangkat menghadap Kisra bersama-sama dengan kedua-dua orang itu tanpa menunggu-nunggu.

Badzan memerintahkan pula kepada kedua utusannya supaya menyelidiki dengan saksama di mana Rasulullah berada, agar teliti dalam segala urusan, dan supaya melapor kepadanya dari semasa ke semasa.

Kedua utusan Badzan segera berangkat. Maka dalam tempoh singkat keduanya telah sampai di Thaif. Di sana mereka bertemu dengan para pedagang suku Quraisy. Kedua nya bertanya kepada mereka di mana Rasulullah berada. Para pedagang mengatakan: “Muhammad berada di Yathrib.’’

Kemudian para pedagang itu meneruskan perjalanan mereka ke Makkah. Setibanya di Mekah, mereka menyiarkan berita gembira kepada penduduk Makkah. Kata mereka, ‘tenanglah kalian...! Kisra akan membunuh si Muhammad dan melindungi kalian dari kejahatannya.”

Kedua utusan Badzan terus ke Madinah. Mereka langsung menemui Rasulullah dan menyampaikan surat Badzan kepada beliau:

Kata mereka, Kisra, Maharaja Persia mengirim surat kepada raja kami, iaitu Badzan, memerintahkan kami menemui Anda. Kisra memerintahkan kami supaya membawa Anda bersama-sama dengan kami menghadap baginda. Jika Anda berkenan, pergi bersama kami, Kisra mengatakan, itulah yang sebaik-baiknya bagi Anda, kerana baginda tidak akan menghukum Anda. Tetapi jika Anda mengabaikan perintah Baginda, Anda tentu sudah tahu, baginda sangat berkuasa untuk membinasakan Anda!”

Rasulullah saw. tersenyum-senyum mendengar perkataan utusan Badzan. Beliau berkata kepada mereka, “Sebaiknya Tuan-tuan beristirehat terlebih dahulu sampai besok. Besok pagi Tuan-tuan boleh kembali ke sini!”

Besok pagi kedua utusan itu datang kembali menemui Rasulullah, sesuai dengan janji.
Kata mereka, “Sudah siapkah Anda berangkat bersama-sama dengan kami menemui Kisra?”

Jawab Rasulullah, “Tuan-tuan tidak dapat lagi bertemu dengan Kisra sesudah hari ini. Kisra telah dibunuh oleh anaknya sendiri “Syirwan”, pada jam sekian, detik sekian, hari dan bulan itu.’

Kedua utusan Badzan melihat wajah Rasulullah saw. dengan mata terbeliak kehairanan.
“Sadarkah Anda dengan ucapan Anda?’ tanya mereka. “Bolehkan kami tulis ucapan anda itu untuk Badzan?”

“Silakan....! Bahkan boleh Tuan-tuan tambahkan, bahawasanya agamaku akan mencapai seluruh kawasan kerajaan Kisra. Jika Badzan masuk Islam, maka wilayah yang berada di bawah kekuasaannya akan saya serahkan kepadanya. Kemudian Badzan sendiri ku angkat menjadi raja bagi rakyatnya.” jawabRasulullah yakin.

Kedua utusan Badzan meninggalkan Rasulullah saw. Mereka kembali menghadap Badzan. Mereka melapor kepada Badzan pertemuannya dengan Rasuhillah saw., dan menyampaikan pesan beliau kepadanya.
Kata Badzan, “Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, sesungguhnya dia seorang Nabi. Jika tidak, ucapannya itu hanya mimpi belaka."

Tidak beberapa lama kemudian, tibalah surat Syirwan kepada Badzan. Kata Syirwan, “Kisra telah saya bunuh. Aku terpaksa membunuhnya karena dia menindas rakyat kami. Para bangsawan kami habiskan. Wanita-wanita mereka kami tawan. Dan harta benda mereka kami rampas. Maka bila suratku ini telah engkau baca, kamu dan rakyatmu hendaklah menyatakan tunduk kepadaku!”

Selesai membaca surat itu, Badzan mengumumkan kepada seluruh rakyatnya, mulai saat ini dia masuk Islam. Mendengar pengumumannya itu, maka Islam pula segala pembesar dan orang-orang keturunan Persia yang berada di Yaman.

Itulah kisah pertemuan ‘Abdullab bin Hudzafah As Sahmy dengan Kisra, Maharaja Persia.

Bagaimana pula kisah pertemuannya dengan Kaisar Agung, Maharaja Rom?



Part 4

Bagaimana pula kisah pertemuannya dengan Kaisar Agung, Maharaja Rom?
Pertemuan ‘Abdullah bin Hudzafah As Sahmy dengan Kaisar Agung terjadi pada masa pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Al-Khattab Al-Faruq. Kisahnya merupakan kisah yang amat mengagumkan.

Pada tahun kesembilan belas Hjjriyah, Khalifah ‘Umar mengirim angkatan perang kaum muslimin memerangi kerajaan Rom. Dalam pasukan itu terdapat seorang perwira senior, ‘Abdullah bin Hudzafah As Sahmy.

Kaisar Rom telah mengetahui keunggulan dan sifat tentera muslimin. Sumber kekuatan mereka ialah Iman yang membaja dan kedalaman ‘aqidah, serta keberanian mereka menghadapi maut. Mati fisabilillah menjadi tekad dan cita-cita hidup mereka.

Kaisar memerintahkan kepada para perwiranya, “Jika kalian berhasil menawan tentera muslimin, jangan kalian bunuh mereka. Tetapi bawa ke hadapanku!” Ditakdirkan Allah, ‘Abdullah bin Hudzafah tertawan. ‘Abdullah dibawa mereka ke hadapan Baginda Kaisar.
Kata mereka, “Tawanan ini adalah sahabat Muhammad. Dia termasuk sahabat senior, dan kelompok yang pertama-tama masuk Islam. Dia tertawan, lalu kami bawa ke hadapan Paduka.”

Lama juga kaisar memerhatikan ‘Abdullah bin Hudzafah. Sesudah itu baru dia berkata, "Saya hendak menawarkan sesuatu kepada engkau.”

“Apa yang hendak Anda tawarkan?” tanya Abduilah.
“Maukah engkau masuk agama Nasrani? Jika engkau mahu, saya bebaskan engkau, kemudian saya beri pula hadiah besar,” kata Kaisar.

‘Abdullah bernafas dalam-dalam, lalu menjawab:
‘Aku lebih suka mati seribu kali daripada menerima tawaran Anda,” kata ‘Abdullah mantap.

Kata Kaisar, “Saya lihat engkau seorang perwira Yang pintar. Jika engkau mau menerima tawaranku, saya angkat engkau menjadi pembesar kerajaan, dan saya bagi kekuasaan saya dengan engkau.”

‘Abdullah yang disogok itu tersenyum. Kemudian ia berkata: "Demi Allah! Seandainya Anda berikan kepadaku semua kerajaan Anda, ditambah dengan semua kerajaan ‘Arab, agar aku keluar dari agama Muhammad agak sebentar saja, nescayalah aku tidak dapat menerimanya.”

Kata Kaisar, "Kalau begitu, saya bunuh engkau!"

Jawab ‘Abdullah, “Silakanlah...! Lakukanlah sesuka Anda."

‘Abdullah disuruhnya diikat di kayu salib. Kemudian diperintahkannya tukang panah memanah lengan ‘Abdullah.
Sesudah itu Kaisar bertanya, "Bagaimana...? Mahukah engkau masuk agama Nasrani?”
‘Tidak!” kata ‘Abdullah.
“Panah kakinya!” perintah Kaisar.
Maka dipanah orang pula kakinya.

“Nah! Maukah engkau pindah agama?” tanya Kaisar memujuk.
‘Abdullah tetap menolak.

Sesudah itu Kaisar menyuruh hentikan siksaan dengan panah, ‘Abdullah diturunkan dari tiang salib. Kemudian Kaisar meminta sebuah kuali besar, dituangkan minyak ke dalam dan diletakkan orang di atas tungku berapi. Setelah minyak menggelegak, Kaisar meminta dua orang tawanan muslim. Seorang di antaranya disuruhnya lempar ke dalam kuali. Sebentar kemudian, daging orang itu hancur sehingga keluar tulang-belulangnya.
Kaisar menoleh kepada ‘Abdullah, dan memujuknya masuk Nasrani. Tetapi Abdullah menolak lebih keras. Setelah Kaisar putus asa, diperintahkannya melemparkan ‘Abdullah ke dalam kuali. Ketika pengawal menggiring Abdullah ke kuali, "Abdullah menangis."
Para pengawal mengatakan kepada Kaisar, ‘Dia menangis, Paduka!”
Kaisar menduga, tentu ‘Abdullah menangis karena takut mati.

Kata Kaisar, “Bawa dia kembali kepadaku."
Abdullah berdiri kembali di hadapan Kaisar.
Kaisar menanyakan apakah ‘Abdullah mahu menjadi Nasrani. Dengan Iman yang kukuh kuat, ‘Abdullah tetap menolak bujukan Kaisar.
Kata Kaisar, “Celaka...! Mengapa engkau menangis?”
Jawab Abdullah, “Aku menangis kerana keinginanku selama ini tidak terkabul. Aku ingin mati di medan tempur perang fisabilillah. Ternyata kini, aku akan mati konyol dalam kuali.”

“Mahukah engkau mencium kepalaku? Nanti kubebaskan engkau!” kata Kaisar dengan angkuh.
Jawab Abdullah, “bebas beserta semua kawan-kawanku tawanan muslim?”
Jawab Kaisar, "Ya, saya bebaskan engkau beserta semua tawanan muslim.”
‘Abdullah berfikir sejenak, “Aku harus mencium kepala musuh Allah. Tetapi aku dan kawan-kawan yang tertawan akan bebas.. tidak ada ruginya.”
“Abdullah menghampiri Kaisar lalu diciumnya kepala musuh Allah itu."
Sesudah itu Kaisar memerintahkan para pengawal mengumpulkan semua tawanan muslim untuk dibebaskan dan diserahkan kepada ‘Abdullah bin Hudzafah.

Setibanya ‘Abdullah bin Hudzafah di hadapan Khalifah Umar bin Khattab, dilaporkannya kepada beliau semua yang dialaminya serta pembebasannya beserta sejumlah tentera muslimin yang tertawan. Khalifah sangat gembira mendengar laporan ‘Abdullah. Ketika Khalifah memeriksa prajurit muslim yang tertawan dan bebas bersama-sama ‘Abdullah, beliau berkata, "Bersegeralah setiap kaum muslimin, cium kepala Abdullah bin Hudzafah. Nah... aku yang mulai”. Khalifah berdiri seketika itu juga, lalu mencium kepala ‘Abdullah bin Hudzafah As Sahmy sebagai tanda penghormatan dan terima kasih yang tidak terhingga. Tamat


sumber: e-mail

1 Comments:

Post a Comment

<< Home