>>Tentang Fityah<<

~Fata mengenali Allah menyedari tanggungjawabnya menunaikan amanah hanya mengharapkan syurga yang hakiki @},'--

Friday, April 25, 2008

Abu Jahal Kembali

Ketika gerakan Mu'tazilah memimpin empayar Uthmaniah, pelbagai perkembangan yang pesat berlaku. Antaranya ialah perkembangan ilmu, pengetahuan, falsafah dan budaya hidup. Betapa mereka yang inginkan pembangunan dan berkembangan tamadun Islam jelas tersebar. Sehingga munculnya golongan "mozarab" yang mengadaptasi budaya hidup orang Islam untuk digunakan dalam kehidupan manusia.

Hari ini, Mak cik Latipah cukup gembira membaca sej melihat anaknya yang baru pulang dari menuntut di luar negara. Ahmad merupakan seorang pelajar jurusan Syariah dari "University of Azhar Mesir". Dia merupakan anak yang menjadi harapan keluarganya. Setibanya Ahmad di Lapangan Kapal Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Mak cik Latipah yang sedang menunggu ketibaan anaknya. Wajahnya nampak begitu ceria. Tepat pukul 5.30 petang Ahmad melangkah keluar dari balai ketibaan dengan rasa bersyukur kesyukuran. Seketika dia tergamam melihat wajah ibunya. Entah mengapa, perasan hiba, sedih tiba-tiba muncul dalam sekelip mata di dlm hati Ahmad.

"Ummi, kenapa pakai tudung nampak leher, tidak labuh? Ahmad terus mengucup tangan ibunya. Mak cik Latipah tersenyum lebar.

"Ahmad, ini ini fesyen terkini. Tutup juga kepala ummi nik ini." Mak cik Latipah mengucup dahi anak kesayangannya itu. Ahmad terkejut dan kaget seketika. Hatinya bergumam dan pelbagai soalan yang timbul.

"Ahmad, ini cara terkini di Malaysia, kadang-kadnag kita terpaksa melihat peredaran masa," Ahmad hanya mampu senyum tersenyum tawar. Ahmad mula berfikir dengan penuh mendalam, hatinya seketika berbisik, mungkin ini fesyen yang dibawa salah sora seorang artis perempuan di Malaysia yang pernah dilihatnya di intern laman sesawang seminggu yang lepas. Mereka teru menjuju ke kereta dan terus menuju ke rumahnya di Bangi, Selangor.

Ya, Malaysia sudah maju dan berlakunya pembangunan yang pesat sejak di sini. Ahmad lebih senang berdiam mendiamkan diri di semasa dan mer d tanpa menyoalkan berita-berita sensasi yang berlaku di Malaysia.

"Ahmad, semalam ummi pergi mengundi," Ahmad di dalam hatinya baru tedetik semalam merupakan hari mengundi untuk semua rakyat Malaysia untukkali ke-12. Ahmad mula berminat untuk bertanya, "mak pa Ummi pangkah apa?"

"Eh, kamu?

Eh, kamu ni! Mak pangkah "bulan".
"Eh kamu ni!


"Mestilah ummi pangkah 'bulan'!"

Ahmad membeliakkan mata tanda em reaksi yang telah diterjamahkan oleh matanya. Jelas matanya mem mengambarkan dia terkejut benar.

"Ken Mengapa ummi pangkah bulan?"

"Ahmad, kita hendak negara yang dipimpin oleh orang Islam, biar Islam tersebar di negara kita." Ahmad kaku sebentar mendengar penjelasan umminya sebentar tadi.

Ahmad memandang umminya agak lama, mungkin hairan apakah fikrah yang dipegang umminya?

Hatinya bermonolog, "Adakah Abu Jahal akan kembali di ke dunia?"

Tersentak... Terkejut...

sambung lain kali.


oleh mankie38@hotmail.com
surau al-ansar, damai

Thursday, April 24, 2008

Paksaan 7

Dalam Surah Al-Baqarah
Dalam Al-Quran telah menyatakan
Pada masa kita boleh melihat umat Islam pada zaman sekarang menghadapi krisis keruntuhan yang agak kronik. Keruntuhan yang dimaksudkan bukan sahaja dilihat daripada boleh dilihat daripada ketundukan negara islam di bawah kezaliman orang kafir malah aspek sosial dan ekonomi. Umat Islam sudah lama mengetepikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama sebaliknya mengagungk mengagungkan sistem kehidupan yang dipelopori oleh barat yang hanya bersandarkan akal fikiran semata-mata. Dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan bahawa orang yahudi dan kafir tidak akan redha terhadap umat Islam sehingga umat Islam mengekori telunjuk mereka.

Orang kafir sebenarnya tidak mampu untuk menghancurkan umat Islam melalui peperangan kerana semangat juang yang luar biasa telah pejuang telah menyebabkan tentera Islam merupakan mempunyai kekuatan ofensif yang sangat digeruni. Namun mereka telah orang kafir telah menemui satu-satunya cara untuk menghancurkan Islam iaitu menjauhkan umat Islam daripada menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman dan sebalinya mereka memperkenalkan ideologi-ideologi yang pada zahirnya na berupa nampaknya memberikan kebaikan sebaliknya merosakkan fikiran. contohnya fahaman liberalisme pluralisme iaitu manusia bebas dan boleh memilih sesuka hati untuk menukar agama yang kononnya menzahirkan toleransi agama.

Namun gerakan orang kafir untuk menghancurkan umat Islam tidak dibiarkan begitu sahaja. Terdapat banyak gerakan-gerakan Islam telah bangkit dan menyuarakan bantahan yang keras terhadap fahaman-fahaman yang menyesatkan. Mereka juga mula aktif secara serius dengan memberikan penerangan kepada masyarakat melalui pelbagai cara seperti ceramah, penyebaran risalah dan juga kempen. Ulama-ulama di negara-negara Islam memberanikan diri memfatwakan haram terhadap ideologi-ideologi ini. Kanak-kanak juga telah diasuh oleh ibubapa untuk supaya kenal Para pemuda dan pemudi telah dilatih dan dididik dengan ajaran Islam sebenar supaya tidak terpengaruh dengan ideologi barat.

Perkara yang
Antara cara untuk menghalang fahaman dan ideologi ialah d
Antara perk
Antara tindakan yang dilakukan ialah untuk menghalang ideologi ini ialah dengan menukarkan menyemak dan dan memperbaharui sistem pendidikan. Ajara Topik tentang fahaman ini perlu disertakan dalam kurikulum pelajaran. Selain itu, pendi subjek sepatutnya sains sepatutnya disertakan dengan dalil Al-Quran bagi tidak memisahkan ilmu dunia dengan akhirat. Antara tindakan lain ialah forum perlu dijal dan diskusi perlu diadakan lebih banyak untuk memberikan kefahaman lebih jelas kepada orang awam.

Oleh Hamba Allah
Surau Al-Ansar, Damai



komen dari akak: overall akak puas hati.. awak ada style! cuma last para tu, sarana awak perlu ditambah perisa lagi supaya orang tak rasa ia terlalu ilmiah. sarana biar praktikal. mudah untuk dilaksanakan. :)

Wednesday, April 23, 2008

PEMULIHAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM

Hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasalam dalam sebuah hadis pernah menyatakan bahawa dalam menghakimi sesuatu perkara, ijtihad (pendapat) yang benar mendapat dua kebaikan, manakala ijtihad yang salah pula mendapat satu kebaikan (pahala) di sisi Allah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w) justeru agama Islam menganjurkan kepada para penganutnya untuk berfikir dan mencari kebenaran. Namun, obor pemikiran dan ketamadunan yang dahulunya de dipegang oleh para Sarjana Islam seperti Al-Khawarizmi dan Ibn Khaldun, kini berpindah ke tangan orientalis pemikir bukan Islam seperti Sigmund Freud dan Charles Darwin. Kemunduran intelek umat Islam ini boleh diselusuri dalam sej kembali dalam sejarah iaitu pada Zaman Abbasiah. Selepas kematian keempat-empat imam mazhab iaitu Imam Hanafi, Malik, Syafie dan Hambali, telah para penguasa pada zaman itu telah menetapkan bahawa hanya kee pandangan keempat-empat mazhab itu sahaja yang diterima pakai dalam perundangan Islam dan timbul pendapat bahawa pintu ijtihad telah tertutup. Bertitik tolak daripada peristiwa tersebut, bermulalah taqlid iaitu pengikutan sesuatu idea secara membabi-buta oleh umat Islam, membantutkan daya fikir dan kreativiti umat Islam menatijahkan penjajahan minda dan ilmu oleh golongan kafir.

Berturutan dengan itu, sudah menjadi suatu kew tanggungjawab bagi orang-orang yang menganut agama ini untuk membebaskan diri mereka serta masyarakat sekeliling mereka daripada belenggu minda dan ilmu pengetahuan yang menjahanamkan ummah. oleh sebab itu, kita harus mengubah sistem pendidikan yang berkiblatkan sekularisme kepada pedagogi yang berteraskan kepada pembentukan individu yang sedar akan amanahnya sebagai hamba dan khalifah Allah yang berusaha memperbaiki dunia dengan akal dan kebijaksanaan yang ALlah kurniakan kepadanya. Kurikulum baru ini juga perlulah mementingkan penta penelitian dan p

oleh Ahmad Asyraf Ahmad Fauzi
Surau AL-Ansar, Damai



komen dari akak: olahan perenggan pertama terlalu panjang. mungkin boleh dipecahkan kepada beberapa perenggan lagi. dan olahan sebaiknya yang mudah difahami oleh sasaran pembaca. tulisan yang baik! harap dapat salin dan sudahkan. :)

Friday, April 18, 2008

Ukhuwwah

Percaya atau tidak? Ukhuwwah adalah satu seni. Ukhuwwah fillah atau didasarkan hanya keran aAllah adalah begitu luar biasa. Bermula "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih)." Begitu jelas sekali kefardhuan ini. Jika kita sama-sama kembali menerokai sirah para nabi & sahabat-sahabatnya, begitu pasti sekali kita akan tersentuh melihatkan betapa hebat & tingginya ukhuwwah antara mereka. Tamadun Islam bermula Dalam membina ukhuwwah, 3 perkara asas yang biasa kita dengar akan tetapi sukar sekali untuk dilaksanakan semua itu.

"Wahai manusia, sesungguhnhya Kami ciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu dapat berkenal-kenalan." Maka, ta'aruf adalah asas dalam ukhuwwah. Mengenali agar kita mudah memahami & mengerti sesutau tindak-tanduknya seseorang adalah satu proses berterusan & tidak ringkas. Mengenali seseorang dengan mendalam memerlukan masa, keterbukaan dan kesediaan untuk menerima sesuatu yang asing serta baru bagi kita. Manis durian takkan kita dapat rasa sekiranya kita tidak mampu menahan baunya yang kadangkala menusuk & kurang menyenangkan. Seterusnya, perlulah saling faham-memahami antara satu sama lain atau dengan ringkasnya, tafahum. Tafahum akan melahirkan amalan bertolak-ansur dan hormat-menghormati. serta Seseorang yang faham akan lebih mudah menangani kawan seperjuangannya dengan lebih matang & tenang yang bermasalah berbanding mereka yang tidak memahaminya. AKhirnya perlulah ada sikap saling

oleh Hafiz Gazali
Surau Al-Ansar, Damai



komen dari akak: menarik isu yang nak diketengahkan. tulisan ni kelihatan terburu-buru. awak perlu lebih tenang mengolahnya. jelaskan satu persatu agar mesej yang ingin disampaikan difahami semua. Teruskan menulis!

Thursday, April 17, 2008

Redhakah Kita?

Palestin. Bumi yang dijanjikan. Pernah nabi mengatakan bersabda "Bumi palestin adalah Bumi Jihad". JIHAD. Apa yang kita faham tentangnya? Mahukah kita padanya? Redhakah kita melihat saudara kita, ikhwan kita dibantai saban hari tanpa belas ehsan? Kebanyakan kita tahu kekejaman Zionis pada saudara kita di Palestin. Media massa, akhbar, majalah mahupun artikel banyak dieda mendedahkan penyeksaan, pembunuhan, penodaan dan banyak lagi perbuatan terkutuk pihak yahudi kuffar Yahudi kepada saudara kita. Tapi kita, masih disini dengan bangg berseronok serta dengga bangga mengg mengatakan "SAYA BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA"?!!

Sedarlah ikhwanku, isu Palestin (Bumi yang dijanjin) adalah tanggungjawab kita, masalah kita serta kitalah yang patut menyelesaikan pe kekejaman ini selagimana kita bergelar "MUSLIM". Bangkitlah saudaraku; ayuhlah ikhwanku; sediakan dirimu untuk mendapat kemuliaan disisi ALlah, tapi bukan kemuliaan yang kita kejar, bukan darjat yyang kita dambakan. Pastikan dalam lubuk sanubari kita tertulis perkataan MARDHOTILLAH. Kejar keredhaan Allah wahai ikhwanku yang aku harapkan aku sayangi. walaupun kita tidak pernah bersua, tapi itu bukan alasannya untuk menyekat kita bersama berjuang dalam SAFF yang sama.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di Jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang kukuh" As-Saaf:4. Masih ingatkah kita pada Salahuddin Al-Ayyubi. Panglima perang yang disegani malahan dihormati oleh musuhnya sendiri. Pembukaan konstantinopel palestin oleh panglima perang islam ini tanpa menitiskan setitik pun darah. Sangat jauh bezanya ketika tentra salib ber berjaya merampas konstantinopel palestin dari umat islam sebelumnya, dikatakan darah mengalir seolah-olah bajir darah berlaku di palestin pada waktu itu.

Bangunlah ikhwanku, laungkan Allahu ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!. Bekerjalah untuk islam. walau Iikutilah sirah Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Padanya pasti saudara menemui jalan untuk kita melihat umat islam kembali bercahaya mencipta tamadun yang diredhai Allah. Kukuhkan iman dan akhlakmu wahai saudaraku dengan ilmu. Amilah tarbiyah ilmu untuk membentuk peribadimu. Serulah saudara kita yang masih dibuai angan-angan dunia untuk mendapat kehidupan sela selepas mati yang diredhai dan dirahmati Allah.

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa Allah akan memberi pahala kema kepadamu dan dia tidak akan meminta harta-hartamu" Muhammad:36. Bnagunlah ikhwanku, dengan agama, pasti dikau menemui cahaya kehidupan. persaudaraan yang sangat rapat pertaliannya, seolah-olah kita adalah sayangilah saudara kita di bumi palestin. bantulah walau dari apa sudut sekalipun. Pastikan kita menyayag menyayangi saudara kita lebih daripada diri kita sendiri. Bangunlah ikhwanku.

oleh Barisan Fasilitator
Surau Al-Ansar, Damai



komen akak: bila tulis ucapan, fakta lebih baik yang tepat. kalau tak pasti, sila buat rujukan. apa pun syabas! harap ia tak akan berhenti setakat itu sahaja. olah kan lagi jadikan teks khutbah, boleh? yang warna merah, bila menulis menggunakan tangan, cuba elakkan shortform.

Paksaan 3

Kala diri ini menulis coretan ini, dalam hatiku hanya terdetik niat untuk memuhasabah diri. Andai tulisan ini memberi kesan positif kepada orang lain, itu hidayah dari Allah dan bukan kehebatan penulisanku. Mungkin hari ini kita tak terasa sebarang ancaman yang mampu menggugat kta. Penuh dalam kehidupan kita hanya kemewahan, populariti, glamour, dan sebagainya. Namun, yakinilah kita bahawasanya kita sedang menghadapi ancaman yg yang begitu halus dan tajam.

Andai Bila masa satu ketika dahulu para sahabiah menjunjung kalamullah dan sunnah kekasih mereka Ar-Rasul, kita pada hari ini menjunjung sesuatu per pelbagai elemen retorik yang pada zahirnya memenuhi kepuasan kita dalam mencapai kegembiraan hidup namun pada hakikatnya mengundang kecelakaan maha dahsyat yang tak terbayang dek akal, tak tertahan dek badan. Hiburan melampau, muzik, fashion, dadah, seks bebas, dan arak kini menjadi keperluan buat mereka yang telah punah imannya dek tewas kepada bayangan nafsu.

Yang lebih "unik untuk diperkatakan, wujud pelba insan yang pada zahirnya memperkasakan kuat amalan yang pada zahirnya nampak hebat pada zahirnya dan begitu berkualiti tinggi, namun percayalah ada ada yang pada hatinya hanya populariti dan sanjungan orang lain. Bukan mahu bersangka buruk, namun itulah realiti dunia kini. Hafaz Qur'an untuk berasa bangga digelar Al-Hafiz Hafaz Quran, sedekah

Mungkin yang lebih "unik" untuk diperkatakan, amalan yang baik pun diniatkan demi mengejar populariti yang tak terkata kehebatan bisanya. Hafaz Qur'an, sedekah, beri tazkirah, berjemaah di masjid, dan menutup aurat hanya untuk mendapat perhatian pujian orang lain. Perkara ini bukan untuk semua tetapi buat diri yang mungkin merasakan dirinya hebat namun tak tersedar kegelapan hati. Andai berlaku pada diriku, aku bertanggungjawab men memohon kepada Maha Esa dicerahkan kembali hati ini.

Mengapa Buat diriku dan sahabatku, tak terasakah kita ketajaman tusukan pedang syaitan nasrani, ya dan yahudi ini? Mungkin ia bukan pedang yang menusuk dari luar, tetapi ia umpama duri yang dimasukkan ke dalam beraneka macam makanan nikmat makanan lazat namun selepas beberapa ketika, tersungkurlah kita dek kesakitan yang terkata.

Buat diriku dan saudaraku yang dikasihi, masih tak terlambat buat kita. Selagi udara milik Allah masih mampu dihirup, selagi itu peluang dan ruang buat kita memperbetulkan diri masih wujud. Dua beka senjata utama kita yakni Al-Quran dan As-Sunnah masih setia menawarkan petunjuk buat kita, bergantungkep kepada kita untuk memanfaatkannya. Bukankah Ar-Rasul sudah memberi jaminan kepada kita bahawa kita tidak akan sesekali sesat jika berpegang kepada dua nik kurniaan itu?

Pada masa yang sama, jangan te biarkan terdetik ha dalam pada hati kita perasaan tak kesah pada saudara se-Islam kita. Selagi mana kalimah tauhid dilafazkan dari lidah mereka, selagi itu me kita bertanggungjawab menyelamatkan mereka dari kongkongan dan cengkaman musuh Islam sama ada lahiriyah mahupun fikriyyah.

Ayuh kita kembalikan zaman kegemilangan Islam. Kita "lahirkan" semula Salahuddin Al-Ayyubi, Muhammad Al-Fatih, Usamah bin Zaid, dan Ali bin Abi Talib yang hanya menyerahkan diri zaman muda mereka buat Ad-din tercinta. Bukan kita perlu tolak dunia ini, tetapi manipulasilah ia untuk kepentingan akhirat.

oleh Ammar Sahrim
Surau Al-Ansar, Damai



komen dari kakyam: tulisan yang bagus! mungkin kak anfal berminat nak publish kan kat mana-mana. tempoh untuk tulis cuma satu jam kan... saya suka tulisan ini... benar-benar reflek mengenai ghazwul fikri.

Paksaan 2

Sedang jam hampir menunjukkan pukul 2 pagi, Said Saad Abdul Abi Maggi sedang berdebar-debar me menunggu ketibaan kereta yang akan membawanya pergi jauh dari daerah yang bergolak ini. Mimpi n berdasarkan maklumat yang sampai kepadanya, bahawa tentera rejim akan datang menggempur kediamany kediamannya kerana pihak rejim telah dapat mengenal pasti bahawa Said adalah pereka bom kepada tentera pasukan be pemberontak. Bom-bom yang dihasilkan oleh sai Said begitu merbahaya kerana ,ke ia telah mengorbankan 1/3 dari pil tem tentera dari pihak rejim. Disebabkan inilah inilah, beliau hendak dibunuh oleh pihak rejim.

Tepat pukul 2, waktu perkara waktu yang dinantikan, telah sampai. Kereta yang dinantikan telah sampai. Kegembiraan yang dialaminya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ketika dalam perjalanan ke ke kereta tersebut, tiba-tiba Ziooommm....... Bom!!!! ker Kereta yang baru sampai tadi meletup disertai dengan dentuman bunyi yang memekakkan

oleh Syafiq B Aref
Surau Ansar, Damai



Komen Saya: mungkin kerana menggunakan pen dan kertas, Syafiq tidak dapat memadamkan perkataan yang ingin dipadam. saya hanya menyalin semula setiap bentuk tulisannya. Jika Syafiq berminat menulis kisah-kisah palestin, saya sarankan Syafiq ambil tulisan ini dan perdalamkan lagi olahannya. mungkin karisma-international berminat untuk bukukan... kisah ini menarik, jika ada penamat tentu lebih menarik.

paksaan 1

Cuaca petang ini kelihatan mendung ditambah desir-desir angin yang bertiup sayu. Memang keadaan yang ideal untuk kami melelapkan mata setelah gagal mendapatkan rehat yang cukup pada jam yang sepatutnya sebentar tadi.

Malang sekali hasrat kami telah dihancurkan oleh Kak Yam (bukan nama sebenar) iaitu orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan program pada petang ini. Program ini bermula semalam iaitu 29 Mac dan akan berakhir pada jam empat petang hari ini (30 Mac) dan jika nak diikutkan hanya satu jam 14 minit dari sekarang (masa ditulis).

Kami telah diarahkan untuk membina sebuah penulisan yang tidak diberikan tajuknya. Jika diikutkan hati memang... noktah. Setakat ini tuhan memberiku idea untuk menulis. Sekian.

oleh
Ibrahim Mohd Najid
Surau Al-Ansar, Damai



komen dari kak yam yang kebetulan sama nama dengan watak yang ditulis: jujur. cara begini boleh dikekalkan. harap terus garap cara sedia ada pada tulisan ini kerana saya suka banget dengan cara ibrahim mengolah suasana sekeliling.